Quantcast

BERITA

Kerajaan Portugal Pertimbang Lucut Darjah Kebesaran Milik Cristiano Ronaldo

Kerajaan Portugal sedang mempertimbangkan untuk melucutkan darjah kebesaran yang diberikan kepada Cristiano Ronaldo, selepas pemain itu mengaku bersalah dan didenda oleh Mahkamah Sepanyol berhubung kes penipuan tafsiran cukai baru-baru ini.

Pemenang Ballon d’Or sebanyak lima kali itu sebelum ini telah dianugerahkan ‘Grand Cross of the Portugese Order of Merit’ pada 2016, selepas pasukan kebangsaan negara tersebut bergelar juara Eropah pada 2016.

(Photo by Oscar Gonzalez/NurPhoto via Getty Images)

Namun pada Selasa lalu, Ronaldo diarahkan untuk menjelaskan bayaran denda berjumlah €3.57 juta sebagai pendahuluan kepada jumlah keseluruhan €18.8 juta yang dipersetujui dengan pihak mahkamah.

Mahkamah sebelum itu menjatuhkan hukuman penjara selama dua tahun yang diganti kepada denda €3.57 juta, beserta jumlah kos penalti lain yang berkaitan dengan prosiding mencecah  €3.2 juta

“Peraturannya adalah sangat mudah: Ianya bergantung kepada bagaimana canselor pemerintah kebangsaan untuk melihat jika sesuatu [kesalahan] yang telah berlaku bakal menyebabkan kehilangan pengiktirafan itu,” kata Presiden Portugal, Rebelo de Saouse kepada pemberita.

LISBON, PORTUGAL – JULY 11: Portuguese President Marcelo Rebelo de Sousa (R) decorates National Soccer Team Cristiano Ronaldo with the Grand Cross of the Order of Merit on July 11, 2016 in Lisbon, Portugal. Portuguese player Eder scored the winning goal against France in extra time and Portugal won the Euro 2016. (Photo by Horacio Villalobos – Corbis/Corbis via Getty Images)

Komen oleh De Saouse itu bermakna kedudukan anugerah yang dipegang oleh Ronaldo kini adalah bergantung sepenuhnya kepada pendapat cancelor Order of Merit Portugal- salah satu daripada beberapa cawangan sistem pengiktirafan di negara itu- yang akan memutuskan sama ada pemain berumur 33 tahun itu didapati bersalah sebelum sebarang keputusan menarik semula pengiktirafan yang diberi diambil.

“Kita harus membenarkan pihak berkenaan yang mempunyai kuasa untuk memutuskannya, dan juga untuk melihat sama ada kes sebegini turut termaktub di dalam undang-udang,” jelas Presiden Portugal itu lagi.