Elavarasan: “Misi 1 Mata, PKNS Akan Kekalkan Corak Agresif Menentang JDT!”

Pengendali PKNS E. Elavarasan berkata, pasukan beliau akan mengekalkan corak agresif ketika menentang JDT.

Ia adalah pendekatan yang berjaya memberikan mereka 1 mata dari Alor Star sebelum ini. Mereka dikritik hebat kerana aksi keras dan agresif.

Patrick Ronaldinho dilaporkan telah menyiku pemain Kedah 2 kali. 2 pemain Kedah, Syawal Nordin dan Zac Anderson meneruskan perlawanan dengan balutan di kepala.

E. Elavarasan kemudian memberitahu, pasukan mereka bukannya bermain kotor tetapi mereka cuma agresif. Cuma kondisi padang yang licin membuatkan ada insiden yang tidak diingini berlaku.

Permainan keras PKNS ini mendapat kritikan agak berat dari Liridon Krasniqi. KFA kemudian menghantar surat bantahan dan aduan rasmi kepada FAM.

Setiausaha Agung FAM, Dato’ Hamidin mengesahkan sudah menerima surat tersebut dan FAM akan menilai prestasi pengadil yang didakwa gagal mengawal perlawanan.

Elavarasan: “Menentang JDT, tetap corak sama!”

Perlawanan seterusnya, PKNS akan bermain berhadapan dengan JDT di Larkin esok. Pengendali PKNS, E. Elavarasan menyatakan mereka akan kekalkan corak permainan agresif mereka.

Misi utama PKNS FC adalah untuk membawa pulang 1 mata dari Larkin yang menjadi kubu paling kebal JDT.

Pada awal musim, ramai menjangkakan PKNS FC akan menjadi pesaing utama kejuaran liga dengan kemasukan beberapa nama bintang.

Namun pasukan PKNS FC buat masa ini berhadapan dengan isu tidak konsiten. Mereka akan turun tanpa Safee Sali kerana klausa khas dalam kontrak.

Dipetik daripada Stadium Astro, E. Elavarasan berkata:

“Kami akan beri fokus terhadap pertahanan dan kami perlu bermain dengan lebih taktikal dalam mengekang asakan jentera serangan mereka.”

Elavarasan turut mahukan pertahanan mereka memberikan fokus kepada bekas pemain PKNS FC, Gabriel Guerra sepanjang 90 minit esok.

Elavarasan percaya, jika mereka kekalkan corak yang mereka gunakan di Kedah tempoh hari, mereka akan mampu membawa 1 mata walaupun ia misi sukar.

Baca juga: FAM Terima Aduan Daripada FMLLP, Akan Siasat Mutu Pengadilan Melibatkan T-Team Dan Kedah

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN