FAM Terima Aduan Daripada FMLLP, Akan Siasat Mutu Pengadilan Melibatkan T-Team Dan Kedah

T-Team dan Kedah telah mengemukakan bantahan rasmi kepada FAM berkenaan mutu pengadilan.

Sebelum ini T-team memaklumkan mereka akan membuat laporan tentang pengadilan di Ipoh.

T-Team mendakwa pengadil sebagai punca mereka kehilangan mata dalam perlawanan yang mereka rasakan patut dimenangi oleh mereka.

Perlawanan berakhir dengan keputusan seri 2-2. Dalam laman rasmi facebook T-Team sebelum ini mereka mengeluarkan kenyataan berbunyi:

“Berkenaan mutu dan beberapa keputusan pengadil perlawanan yang dibuat bagi perlawanan diantara Perak FA menentang T-Team FC semalam.”

“Ianya telah menimbulkan banyak kritikan dan tanda tanya tentang ketelusan pihak pengadil perlawanan bagi ramai pihak yang menyaksikan perlawanan tersebut.”

Perak vs T-Team ,T-Team player,Wan Ahmad Amirzafran Wan Nadris @ Wan Nazli (27),and,Azrul Hazran Amiludin Baki (21),during Super League match at Stadium Ipoh Perak on 8 April 2017,Photo by Zulfachri Zulkifli / www.asiana.my,

“Beberapa insiden dan keputusan pengadil perlawanan juga telah menyebabkan pasukan T-Team FC kehilangan mata setelah masa perlawanan (masa tambahan) yang sebenar telahpun tamat.”

“Penolong Pengurus pasukan Liga Super T-Team pada hari ini telahpun mengadakan satu perbincangan bersama Ketua Pegawai Operasi Pengurusan T-Team.”

“Dan telah bersetuju untuk menghantar satu surat rasmi kepada pihak FMLLP dan berharap ianya akan dibawa sama untuk perhatian pihak Pentadbiran FAM berkenaan isu ini.”

Bantahan rasmi diterima!

Perlawanan Liga Super di antara Perak dan T-Team serta Kedah dan PKNS dipalit dengan kontroversi mutu pengadilan yang tidak memuaskan hati ramai pihak.

Semalam dalam siaran rasmi FAM, Setiausaha Agung FAM, Dato’ Hamidin Haji Mohd Amin telah menerima surat aduan itu daripada FMLLP.

Dalam kenyataan rasmi beliau, Dato’ Hamidin berjanji akan melakukan siasatan terperinci. Beliau berkata:

“Kami telah menerima surat aduan yang dihantar kepada FMLLP berkenaan sistem pengadilan yang melibatkan perlawanan Perak menentang T-Team dan Kedah menentang PKNS pada tempohari.”

“Perkara tersebut akan dibentangkan dan dibincangkan pada hari ini ketika mesyuarat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bersama DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor selaku Tunku Presiden FAM dan Persatuan Pengadil.”

“Siasatan terperinci akan dijalankan sepenuhnya sebelum membuat keputusan untuk mengenakan tindakan kepada pengadil tersebut jika bersalah atau jika tidak, kami akan memberikan notis atau tindakan-tindakan yang lain.”

Jadi, diharap dengan kenyataan ini, semua pihak tidak melakukan spekulasi melampau terhadap isu ini dan menunggu hasil siasatan serta tindakan selanjutnya.

Baca juga: TMJ Tempelak Bekas CEO Pahang, Cermin Diri Sendiri Sebelum Keluar Kenyataan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN