Miralem Pjanic berpendapat klausa perlepasan €100 juta pada Belotti adalah tidak munasabah dan beliau hairan bagaimana pemain muda itu boleh setuju dengannya.
Beliau berkata kepada Football Italia:
“Belotti musim lalu menikmati musim yang baik tetapi €100 juta adalah angka terlalu besar untuk beliau.”
“Pemain yang ada nilai klausa seperti ini adalah seperti Cristiano Ronaldo yang mampu menjaringkan 2 ataupun 3 gol dalam satu perlawanan.”
“Hanya 2 pemain yang berhak mendapat harga seperti itu iaitu Messi ataupun Ronaldo. Selepas mereka, rasanya pemain lain tidak berada pada paras pasaran tersebut.”
Wartawan kemudian bertanya, apa pula pandangan beliau tenyang Gonzalo Higuain yang dibayar €90 juta oleh Juventus ketika membeli pemain tersebut dari Napoli, dan pemain tersebut turut bergelut dengan prestasi musim lalu.
Angka itu hanyalah €10 juta berbeza dengan klausa perlepasan Belotti yang ternyata beraksi jauh lebih baik daripada Higuain.
Pjanic menjawab:
“Higuain pemain luar biasa dan saya akan menyokong dia selalu. Jika semua orang sentiasa memerhatikan apa yang anda lakukan, bermakna anda pemain istimewa.”
“Perkara seperti yang dilalui Higuain musim lalu biasa berlaku dalam seseorang penyerang tetapi kami akan membantu beliau mendapatkan aksi terbaik beliau semula.”