PJ City Turut Perlu Cari Stadium Alternatif Hadapi Liga Malaysia 2020

PJ City

Selepas pasukan Selangor, Malaysian Football League (MFL) memaklumkan PJ City pula dikehendaki mendapatkan gelanggang lain bagi saingan Liga Malaysia musim 2020 apabila mendapati Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) tidak boleh digunakan susulan kerja naiktaraf sedang dijalankan di venue berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Dato’ Ab Ghani menyatakan bahawa, hasil pemeriksaan Stadium MBPJ mendapati keadaan padang tidak berada di tahap terbaik bagi pengelolaan perlawanan Liga Malaysia musim ini.

Jelas Dato’ Ab Ghani, MFL telah memaklumkan perkara itu melalui surat rasmi kepada Kelab Bolasepak PJ City pada 26 Februari lalu hasil keputusan semakan pemeriksaan Stadium MBPJ pada 25 Februari lalu.

“Keputusan pemeriksaan mendapati padang permainan tidak berada dalam keadaan bersedia serta bilik-bilik persalinan masih berada dalam proses naik taraf dan tidak dapat digunakan.”

“Sehubungan dengan itu, pihak MFL memutuskan bahawa Stadium MBPJ tidak boleh digunapakai bagi penganjuran Liga Malaysia bagi musim 2020 sehingga kerja naik taraf itu selesai.”

“PJ City telah dimaklumkan perkara ini di mana mereka perlu menamakan venue lain sebagai gelanggang alternatif pada 28 Februari lalu,” katanya.

Sebagai rekod, PJ City yang bakal memulakan saingan CIMB Liga Super 2020 malam ini bertemu Felda United di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka dijadualkan menentang Pahang pada aksi kedua di Stadium MBPJ pada 6 Mac ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN