PJ City Terkandas, Melaka United Terus Konsisten Raih Kemenangan Bersama Asri Ninggal

Melaka United tampaknya tidak lagi mengalami masalah konsistensi seperti awal musim apabila terus melakar kejayaan bersama pengendali baharu mereka, Asri Ninggal untuk meraih kemenangan ketiga berturut-turut setakat ini.

Terbaharu, mereka berjaya melakar kemenangan atasi Petaling Jaya City pada perlawanan kedua Piala FA musim ini dengan keputusan 2-1 di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput semalam.

Lebih manis, kejayaan tersebut juga boleh dianggap kembali memulihkan maruah Melaka United setelah tercalar akibat kekalahan buat lawan yang sama pada perlawanan liga awal musim ini.

Walaupun tampil dalam perlawanan tersebut tanpa khidmat pertahanan import mereka iaitu Justin Baas, nyata Melaka dilihat tidak berdepan masalah tersebut malah, sangat ampuh di segenap posisi bagi mengatasi lawan.

Seawal permainan lagi Melaka memberi tekanan buat pelawat menerusi beberapa gerakan untuk mencipta gol selain menguasai bahagian tengah, hasilnya mereka berjaya memperoleh gol pada minit ke-11 menerusi penyerang lincah, Sonny Norde.

Penyerang kebangsaan Haiti tersebut memperoleh gol setelah menerima umpanan cantik daripada pertahanan, Wan Amirul Afiq untuk disudahkan dengan baik bagi menewaskan Kalamullah Al Hafiz yang tidak mampu menyelamatkan bola tersebut.

Melaka terus konsisten mencipta beberapa peluang lagi untuk menjarakkan kedudukan dengan lebih baik pada separuh masa pertama sebelum ke bilik persalinan, namun benteng pelawat dilihat lebih bersedia untuk menyerap segala asakan diberi.

Enggan membiarkan tuan rumah terus mengasak, sesekali PJ City berjaya menyusun beberapa gerakan bagi memburu gol penyamaan menerusi tandukan penyerang kebangsaan, Darren Lok pada minit ke-35,  namun bola sekadar menggegar palang gol.

Pada minit ke-37, giliran R. Kogileswaran pula hadir untuk menguji gawang gol Melaka, namun rembatan pemain tengah Harimau Malaya itu sedikit tersasar ke sebelah kiri.

Dalam keasyikan PJ City yang lebih berani bermain secara terbuka, Melaka hampir menghukum kealpaan pelawat menerusi Sonny Norde yang berjaya melepaskan satu rembatan tepat ke arah gol namun berjaya diselamatkan pertahanan mereka, Zainal Abidin Jamil biarpun sudah penjaga gol sudah tertewas pada minit ke-45.

Menyedari ada sesuatu yang kurang di bahagian serangan, P. Maniam memasukkan pemain berpengalaman PJ City iaitu Mahali Jasuli untuk memberi sengat di posisi tersebut.

Nyata kemasukan beliau berjaya memberi impak terbaik setelah berjaya memberi bantuan gol menerusi hantarannya pada minit ke-50 untuk disudahkan dengan baik oleh Darren Lok.

Gol tersebut dilihat berjaya menaikkan motivasi PJ City untuk tampil lebih berkeyakinan mengatasi Melaka apabila perlawanan dilihat kembali seimbang dengan kedua pasukan saling berbalas serangan.

Namun, Adriano Narcizo kembali memberi pendahuluan buat tuan rumah apabila berjaya meledak gol kedua untuk Melaka United kembali di hadapan pada minit ke-55 setelah menerima hantaran daripada Wan Zaharulnizam Wan Zakaria.

Keputusan tersebut kekal sehingga wisel penamat dibunyikan dengan menyaksikan PJ City tewas di tangan Melaka dengan keputusan penuh 2-1 di Stadium Hang Jebat.

Melaka menjadi salah satu pasukan yang berjaya mara ke peringkat suku akhir selain Johor Darul Ta’zim (JDT), Sabah, Sri Pahang, dan Penang.

Ikuti kami di TikTok!

Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.

Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN