Sri Pahang Mudah Jinakkan Skuad Projek FAM-MSN, Za’tara Tampil Garang Ledak Dua Gol

Walaupun tampil tidak konsisten dalam saingan Liga Super musim ini, Sri Pahang tetap menjadi antara pasukan yang menepati ramalan untuk menjadi salah satu kelab layak ke peringkat suku akhir Piala FA musim 2022 setelah menewaskan Skuad Projek FAM-MSN dengan keputusan 3-0 di Stadium Darul Makmur semalam.

Hadir selaku pasukan pilihan, menjadikan Sri Pahang serba serbi konsisten di segenap sudut termasuk kelebihan beraksi di laman sendiri berbanding pelawat diwakili pemain muda serta tidak mempunyai import.

Seawal permainan menyaksikan tuan rumah garang menguasai perlawanan dengan siri-siri serangan berbahaya dilancarkan untuk mencari gol awal perlawanan namun dinafikan oleh barisan pertahanan pelawat yang agak berdisiplin.

Pada minit ke-5, Mahmoud Za’tara berjaya membuka tirai jaringan buat Sri Pahang setelah menerima umpanan yang baik daripada pemain sayap lincah mereka iaitu Abdul Malik Mat Ariff menerusi satu hantaran lintang dan disudahkan dengan satu tandukan padu.

Nyata Za’tara menggunakan aset tandukan beliau dengan sebaik mungkin pada perlawanan ini apabila sekali lagi meledak gol kedua pada minit ke-27 juga menerusi kepala beliau yang amat berbisa untuk terus menjarakkan kedudukan bersama pelawat dengan dua gol di separuh masa pertama.

Sesekali pelawat cuba memberi asakan buat Sri Pahang menerusi satu dua gerakan yang agak berbahaya, namun pengalaman mereka agak terbatas dan mudah diserap oleh pertahanan skuad kendalian Christophe Gamel dengan baik.

Manuel Hidalgo hampir menutup separuh masa pertama dengan gol ketiga buat Sri Pahang, namun sepakan percuma yang diambil pemain tengah kreatif itu sekadar menyinggah palang gol lawan.

Aksi separuh masa kedua menyaksikan pasukan pelawat lebih dominan berbanding Sri Pahang apabila mereka meningkatkan intensiti permainan serta lebih berdisiplin pada ruang pertahanan.

Peluang terbaik skuad Projek FAM-MSN ini hadir pada minit ke-73 menerusi pemain mereka iaitu Muhammad Harith Najwan Ramli sebelum rembatan beliau sedikit melepasi gawang gol yang diawasi Mamadou Samassa.

Menyedari lawan cuba mencipta kebangkitan, Sri Pahang kembali menstabilkan keadaan dengan membuat beberapa pertukaran serta lebih fokus mengenai pergerakan lawan.

Walaupun ada beberapa percubaan yang dibuat termasuk menerusi Za’tara yang mencari hatrik beliau pada musim ini dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) mereka masih buntu untuk menembusi gawang gol lawan.

Menuju ke masa kecederaan, skuad Projek FAM-MSN sedikit terleka di bahagian pertahanan dan memberi ruang buat Sri Pahang untuk memperoleh gol ketiga menerusi Muhammad Sharul Nizam Mohd Nadzir untuk mengesahkan malam gemilang buat tuan rumah.

Keputusan penuh menyaksikan Sri Pahang berjaya menewaskan pasukan dari Liga Premier, skuad Projek FAM-MSN dengan 3-0 di Stadium Darul Makmur dan mengesahkan kedudukan untuk melayakkan diri ke pusingan suku akhir Piala FA.

Ikuti kami di TikTok!

Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.

Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN