Piala Malaysia 2019: Safee Sali & Rakan-Rakan Bermotivasi Hukum JDT

Safee Sali, PJ City FC

Penyerang Petaling Jaya City FC, Safee Sali dilaporkan telah pulih sepenuhnya daripada kecederaan lutut yang dihadapinya semasa perlawanan Liga Super menentang Kedah pada Jun lalu.

Oleh yang demikian, bekas penyerang kebangsaan tersebut kini bersedia untuk diturunkan oleh jurulatih bagi menghadapi perlawanan kedua saingan Piala Malaysia menentang JDT di Larkin malam ini. Namun beliau menyerahkan sepenuhnya kepada jurulatih, K. Devan yang akan mencatur strategi terbaik untuk berhadapan dengan bekas pasukannya itu.

Bercakap kepada wartawan Stadium Astro hari ini, Safee menegaskan bahawa pemain PJ City FC kini berada dalam motivasi terbaik selepas mencatatkan kemenangan pertama dalam perlawanan menentang PKNP Sabtu lepas. Dalam perlawanan itu, Safee telah diberi peluang untuk beraksi ketika masa perlawanan berbaki 20 minit.

MSL 2019
FOTO: MFL

“Saya sentiasa bersedia dan apa yang penting, semua pemain nampak cukup bermotivasi dan cukup bersemangat untuk bertemu JDT sekali lagi di Larkin. Kami tahu kali ini perlawanan yang berbeza. Sudah tentu JDT akan membuktikan mereka tidak sepatutnya kalah dalam liga,” katanya.

Sementara itu, Penyerang Import PJ City FC dari Brazil, Washington Brandao mahu mengulangi kejayaan meledak gol kemenangan menentang pasukan JDT. Jaringan tunggal Washington di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin pada perlawanan Liga Super Julai lepas meleburkan rekod tanpa kalah JDT di halaman sendiri. Malah gol tersebut juga telah menafikan hasrat JDT untuk menamatkan saingan liga dengan rekod tanpa kalah.

Washington mahu rakan sepasukannya bersedia dari segi fizikal dan mental untuk berhadapan dengan juara Liga Super enam kali berturut-turut itu kerana sudah pasti mereka akan tampil dengan corak permainan yang lebih merbahaya.

FOTO: PJ City

“Kami mahu melakukan perkara sama tetapi ia sukar. JDT adalah pasukan yang bagus. Pertemuan dalam liga membuktikan bahawa sangat sukar untuk mengatasi mereka, tidak kira di laman sendiri atau lawan.

“Mereka pernah tewas dan tentunya tidak mahu ia berulang. Pastinya mereka akan tampil lebih bagus dan kami perlu bersedia.” tambah Washington lagi.

JDT dan PJ City FC yang diletakkan dalam Kumpulan B telah meraih tiga mata pertama selepas masing-masing memperoleh kemenangan di tempat sendiri dalam perlawanan pada Jumaat dan Sabtu lepas.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN