Biasanya jika Pique membuat kenyataan kontroversi sama ada dari sidang media atau Tweet, Ramos akan mengambil tanggungjawab untuk ‘membeli’-nya.
Sebelum ini Ramos sendiri sudah memberikan amaran kepada rakan-rakan lain supaya lebih bijak dalam menjawab kenyataan Pique supaya tidak termakan pancing.
Selepas Ronaldo menjaringkan gol ke-2 dalam perlawanan menentang Bayern Munich, Gerard Pique terus memuatnaik status sinikal dengan 3 titik. Ia menyindir gol tersebut dalam keadaan ofsaid.
…
— Gerard Piqué (@3gerardpique) April 18, 2017
Tweet yang dikongsi lebih 65,000 hanya beberapa jam dimuatnaik oleh Pique.
Kemenangan Real Madrid pada awal pagi tadi memang dibayangi dengan beberapa pengadilan lemah oleh Viktor Kassai.
Kassai telah melayangkan kad kuning ke-2 kepada Vidal, sedangkan pemain itu dengan jelas memenangi bola.
Kassai memang antara pengadil yang kerap membuat pegadilan lemah. Anda tentu masih ingat insiden melibatkan Ukraine yang tersingkir dari Euro 2012 kerana ini:
Viktor Kassai adalah pengadil utama perlawanan tersebut. Kassai terus dihantar pulang serta merta selepas kesilapan mudah ini.
Dalam perlawanan awal pagi tadi, penjaga garisan gagal mengesan ofsaid yang sangat jelas untuk gol ke-2 Ronaldo.
Selepas tamat perlawanan Ramos telah membalas balik sindiran Pique. Ramos berkata:
“Kenapa perlu dia tidak puas hati, kerana Barcelona pun pernah mendapat kelebihan daripada keputusan pegadil.”
“Ini bukan perkara baru, saya tak terkejut. Pique harus menonton semula perlawanan ulangan Barcelona menentang PSG tempoh hari.”
“Adakah Pique akan merumuskan perkara yang sama tentang pengadil dalam perlawanan itu?”
“Buat masa ini, sama-sama kita menunggu perlawanan Barcelona dan Juventus. Kami sudah lulus ujian kami kali ini. Kita tunggu pula yang lain.”
Selain daripada Ronaldo yang menjaringkan 100 gol dalam UCL, Ramos turut meraikan aksi ke-100 dalam UCL.
Beliau gembira dengan pencapaian itu dan sentiasa menikmati perlawanan UCL dalam karier beliau. Ramos berharap akan beraksi lebih banyak lagi dalam UCL.
Baca juga: Azraai Khor Sentiasa Bersedia Untuk Kedah Jika Diperlukan