Video: Analisis BT Sport Itali Tentang Kesilapan Penjaga Gol Oleh Joe Hart

Kita semua tahu yang perjanjian pinjaman Joe Hart di Torino mustahil untuk diterjemahkan kepada perjanjian tetap.

Ini kerana kelab tersebut tidak mampu untuk membayar gaji Hart yang terlalu tinggi.

Dalam satu rancangan bual bicara bola sepak oleh BT Sport Itali, mereka turut menyenaraikan beberapa kesilapan yang sama diulangi Hart.

Satu analisis yang menarik oleh BT Sport yang mungkin akan dijadikan jurulatih gawang Torino sebagai titik tumpuan untuk latihan Hart.

Ia seakan-akan menjadi perkara yang dimanipulasi oleh pihak lawan setiap kali menentang Torino.

Ada 5 kesilapan penjaga gol yang dilakukan oleh Joe Hart yang membawa kepada gol pihak lawan.

Kelemahan Joe Hart adalah lemahnya tangan beliau untuk menampan hantaran silang dan juga bola leret.

Ini telah menjadikan Hart sebagai penjaga gol yang terbanyak melakukan kesilapan penjaga gol yang mencetuskan gol untuk pihak lawan.

Musim lalu penjaga gol Torino, Daniel Padelli turut melakukan kesilapan komedi tahunan Serie A.

Anda saksikan analisis ini:

(Jika anda bermasalah membuka video ini dengan instant article, sila cuba buka dengan browser)

Panelis dalam rangcangan tersebut turut tergelak dengan khabar angin yang mengaitkan Hart dengan kelab-kelab besar di Eropah selepas ini.

Mereka membincangkan, adakah Hart akan menjadi pilihan yang baik menggantikan De Gea ataupun Courtois sekiranya salah seorang penjaga gol tersebut ke Real Madrid.

Jawapan mereka adalah, tidak!

Nampaknya, penilaian ke atas Hart mungkin terlalu berat kerana Itali adalah negara yang terkenal dengan penjaga-penjaga gol handalan.

Baca juga: Pique Muatnaik Status Sindir Ofsaid Ronaldo, Ramos Tolong Jawabkan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN