Bek tengah Barcelona, Gerard Pique menyatakan beliau terkejut dengan prestasi separuh pertama Real Madrid yang disifatkannya paling lemah pernah beliau temui dalam aksi el clasico.
Cuma malang untuk Barcelona, apabila gagal mengambil kesempatan di atas kelemahan itu.
Gerard Pique percaya Barcelona tewas kepada ‘Real Madrid paling teruk yang dia hadapi di Bernabeu’ ketika Blaugrana tewas kepada kekalahan 2-0 di El Clasico pada malam Ahad lalu.
Gol dari Vinicius Junior dan Mariano Diaz memberikan Real kemenangan yang manis dengan mendapat tiga mata yang membolehkan pasukan tuan rumah memintas Barca sebagai pendahulu La Liga.
Pique berkata: “Real Madrid pada separuh masa pertama adalah Madrid paling teruk yang saya hadapi di Bernabeu,” kata Pique selepas tamat perlawanan.
“Kami terlepas peluang untuk melukakan mereka. Kami perlu bermain lebih baik daripada pada babak kedua, tetapi kami kehilangan bola dan mereka bertambah yakin.”
“Ya, mereka bermain buruk, namu saya bukan menyatakan kritikan. Kita semua ada masalah di dalam kelab.”
“Tetapi saya mempunyai perasaan bahawa ia adalah satu peluang penting yang gagal diambil kesempatan [oleh Barcelona].”
Ramos hits back at Piqué: "Worst Madrid? I'd take winning every Clásico like that" https://t.co/t3tPvz2yBp #ElClasico
— AS USA (@English_AS) March 2, 2020
Komen Gerard Pique itu segera dijawab oleh Sergio Ramos – seperti biasa.
“Semua orang bebas menyatakan pandangan masing – masing. Dan saya akan berbesar hati dan gembira untuk bermain teruk pada separuh masa pertama – seperti yang dia kata – asalkan pada akhirnya kami menang dalam el clasico.”
“Pendekatan kita sentiasa berubah ubah mengikut keadaan. Pada separuh masa pertama, kita membenarkan mereka memiliki bola.”
“Pada separuh masa kedua, kami meningkatkan lagi tempo permainan. Mereka pasukan yang kurang cergas, dan kami mulai mencipta peluang gol.”