Kontrak Daniel Sturridge Bersama Kelab Turki Ditamatkan

Bekas penyerang Liverpool, Daniel Sturridge telah meninggalkan kelab Turki, Trabzonspor hanya selepas lapan bulan dalam kontrak tiga tahunnya.

Kenyataan daripada Trabzonspor mengatakan penamatan kontrak Sturridge ditamatkan secara persetujuan bersama.

Pemain antarabangsa England itu turut pernah beraksi bersama Manchester City, Chelsea, Bolton dan West Brom sebelum ini.

Sturridge adalah antara pemain yang berada di dalam skuad Liverpool yang muncul juara Eropah pada musim lalu.

Sepanjang bersama Trabzonspor, penyerang berusia 30 tahun itu telah tampil dalam 16 perlawanan dan menjaringkan 7 gol.

Bekas penyerang Liverpool, Daniel Sturridge menyertai kelab Turki, Trabzonspor dengan perjanjian kontrak selama tiga tahun dan akan menerima gaji sebanyak £27,000 seminggu (selepas cukai).

Pemain itu telah dilepaskan oleh The Reds pada awal musim ini selepas 6 tahun di Anfield dengan rekod 67 gol dalam 160 penampilan bersama kelab itu.

Bekas penyerang England itu memulakan karier beliau di peringkat remaja bersama beberapa pasukan seperti Cadbury Athletic, Aston Villa, Conventry City dan Manchester City sebelum menyertai Chelsea pada tahun 2009.

Kemuncak prestasi beliau tentulah ketika musim keduanya di Liverpool. Digandingkan dengan Luis Suarez, pasangan penyerang itu berjaya membantu Liverpool menjaringkan lebih 100 gol pada musim 2013/14.

Leave a Reply

Bacaan Yang Disyorkan Untuk Anda