Pihak Pengurusan Terengganu Terkilan Dituduh Nafuzi Tak Profesional

Sebentar tadi, pihak pengurusan Terengganu telah pun mengeluarkan satu kenyataan untuk menjawab isu kontrak pengendali pasukan, Nafuzi Zain yang dianggap tidak profesional.

Nafuzi telah pun meluahkan rasa kecewa beliau selepas perlawanan suku akhir Piala Malaysia semalam, dengan menyatakan isu kontrak beliau bersama Terengganu yang dianggap tidak profesional.

Menurut kenyataan dikeluarkan menerusi media rasmi Terengganu, pihak pengurusan ketika ini berdiam diri dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan kerana ingin memberi fokus kepada kelab.

Ketika ini, Terengganu berada dalam landasan terbaik mereka sepanjang saingan Piala Malaysia dan mereka enggan mengganggu fokus dan motivasi pasukan sepanjang kejohanan berlangsung.

Walaupun begitu, mereka jelas terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan Nafuzi semalam, setelah jurulatih tersebut secara terang-terangan telah membidas pihak pengurusan kelab.

Perkara tersebut jelas dianggap telah mencalarkan perhubungan antara Nafuzi dan pihak pengurusan dan mereka tampil untuk memberi penjelasan sebenar mengenai perkara tersebut.

Jawapan pihak pengurusan mengenai isu tawaran kontrak yang dianggap lambat, sebenarnya mereka telah pun menawarkan kontrak lanjutan kepada Nafuzi sejak 27 Oktober lalu berdasarkan kemampuan kelab menerusi Pembantu Operasi Unit Teknikal TFCSB.

Tawaran yang diberikan itu pula telah pun diberikan lebih awal sebelum tamatnya kontrak Nafuzi bersama Terengganu pada 30 November 2022 berdasarkan Perkara 9: Melanjutkan tempoh kontrak.

Menerusi perkara tersebut, pengurusan Terengganu jelas telah pun melalui prosedur mereka dengan baik iaitu menawarkan kontrak kepada pegawai dalam tempoh ditetapkan.

Ianya secara tidak langsung menjawab kembali segala kritikan sebelum itu yang kononnya, pihak pengurusan Terengganu lambat dan melengah-lengahkan mengenai isu kontrak.

Tambahan pula, sepanjang tempoh tersebut Nafuzi sendiri tidak memberi maklum balas kepada pihak pengurusan selain membidas secara terbuka kepada pihak media.

Pihak pengurusan Terengganu juga jelas terkilan jelas terkilan, apabila dituduh kononnya mereka tidak profesional mengenai isu kontrak, sedangkan Nafuzi sendiri dikhabarkan sudah menandatangani perjanjian lebih awal bersama salah satu kelab Liga Super sejak Ogos lalu.

Perkara tersebut dilihat telah pun melanggar peraturan terma dan syarat, apabila mana-mana pegawai pasukan tidak boleh menandatangani sebarang perjanjian dengan kelab lain kerana masih lagi mempunyai kontrak.

Pada masa sama, pihak pengurusan akan meneliti tindakan lanjut untuk dikenakan kepada Nafuzi atas kenyataan yang dilemparkan beliau telah mencalarkan nama baik Terengganu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN