Dah Lama Menang Ballon d’Or, Benzema Masih Tunggu Ronaldo Ucap Tahniah

Pemenang Ballon d’Or musim ini, Karim Benzema mengakui bekas rakan sepasukan beliau iaitu Cristiano Ronaldo masih lagi belum  menghubungi dirinya sehingga kini.

Sepanjang bergelar sebagai pemain bola sepak profesional, ini merupakan kejayaan pertama buat Benzema untuk merangkul kejuaraan tersebut yang dinilai sebagai sangat berprestij.

Benzema dilihat layak bagi meraih kejayaan tersebut, selepas usaha beliau pada musim lalu untuk membantu Real Madrid memenangi kejuaraan LaLiga serta saingan Champions League.

Penyerang Perancis itu telah pun meledak 44 gol secara keseluruhan daripada 46 perlawanan dihadapi untuk mengetepikan pesaing terdekat iaitu Sadio Mane dan Kevin de Bruyne.

Malah, pemain berusia 34 tahun itu juga dianggap oleh Zinedine Zidane sebagai penyerang terbaik dalam sejarah bola sepak Perancis.

Namun sesuatu agak mengecewakan Benzema, apabila sehingga kini Ronaldo masih belum menghubunginya untuk mengucapkan sebarang ucapan tahniah atas kejayaan tersebut.

Ketika ditanya jika penyerang bintang Portugal itu telah menghubungi Benzema, pemain tersebut jelas mengatakan tidak sehingga kini.

Ianya dilihat agak mengecewakan, setelah kedua pemain tersebut sudah pun mengharungi sembilan musim dengan pelbagai kejayaan ketika bersama Real Madrid.

Namun, sebaliknya berlaku apabila pemain Manchester United itu sehingga kini masih belum menghubungi bekas rakan sepasukannya untuk memberi sebarang ucapan tahniah.

Walaupun begitu, Benzema kini berada dalam motivasi terbaik beliau untuk memberikan fokus sepenuhnya kepada saingan Piala Dunia di Qatar.

Tambahan pula, Perancis merupakan juara bertahan sejak 2018 dan kelebihan tersebut pastinya ingin terus dipertahankan oleh Benzema serta para pemain lain.

Sebagai seorang penyerang tonggak Perancis, Benzema juga berharap ulang tahun kelahirannya lebih bermakna jika mereka mampu untuk terus mengekalkan kejuaraan tersebut.

“Memenangi kejohanan Piala Dunia ini akan menjadi hadiah terbaik buat ulang tahun kelahiran saya. Kami mempunyai sekumpulan pemain yang bagus dan kami akan laluinya dengan positif dalam setiap perlawanan.

“Ketika ini saya mengalami sedikit masalah dari segi kecergasan, tetapi ianya tidak begitu serius. Masih lagi ada masa untuk saya sehingga 22 haribulan ini untuk diri ini kembali pulih,” jelas Benzema menerusi Sport Bible.

Sumber:
Sports Bible

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN