Piero Ausilio: Martinez Akan Pergi Jika Barcelona Bayar €111 Juta

Piero Ausilio

Pengarah Sukan Inter Milan, Piero Ausilio menegaskan bahawa mereka tidak langsung merancang untuk menjual penyerang yang kian hangat dikaitkan dengan Barcelona, Lautaro Martinez.

Melihatkan kepada sumbangan berkesan yang dipamerkan pemain berusia 22 tahun itu, Ausilio melihat bukan mudah untuk kelab Serie A itu untuk melepaskan penjaring 16 gol pada musim 2019/20 tersebut.

”Dia merupakan aset yang penting buat kelab ini dan tidak boleh lupakan juga dia masih mempunyai baki kontrak selama tiga musim bersama Inter.”

”Inter tidak akan menjual pemain yang begitu penting buat mereka. Kami berhasrat untuk menjaga mereka dan seterusnya memantapkan pasukan di pasaran perpindahan pemain, dan itu juga yang berlaku buat Lautaro.”

Namun, peluang masih belum tertutup buat Barcelona bagi mendapatkan khidmat Martinez kerana perpindahan tersebut akan berjaya direalisasikan sekiranya The Blaugrana bersedia untuk membayar klausa pelepasan yang bernilai €111 juta.

Embed from Getty Images

Menurut sumber yang dilaporkan Goal, klausa pelepasan itu dikatakan akan tamat tempohnya pada 15 Julai nanti.

”Perkara yang berkaitan dengan Martinez, hanya ada satu cara untuk dia meninggalkan Inter, iaitu hanya dengan [Barcelona] membayar klausa pelepasannya.”

”Klausa tersebut di mana semua orang mengetahuinya – tiada guna untuk kita bersembunyi – kerana ia mempunyai tarikh akhir dan terdapat komitmen yang perlu dijaga dengan tepat.”

”Ini adalah klausa yang akan berakhir pada awal bulan Julai dan ia tidak akan kekal dalam tempoh masa lama. Dan ia satu-satunya cara untuk membawa Lautaro keluar daripada Inter pada hari ini,” tambah Piero Ausilio lagi.

Kredit featured image: Etsuo Hara/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Lautaro Martinez:

Leave a Reply