Piala Sumbangsih: Steinbruckner Masih Ada Banyak Kerja Untuk Baiki Persefahaman Pemain Terengganu

Johor Darul Ta’zim (JDT) secara rasminya sudah pun merangkul kejuaraan pertama Liga Malaysia (Liga M) musim ini, setelah mereka memenangi Piala Sumbangsih musim 2023 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI).

Menerusi kemenangan unggul 2-0 mengatasi Terengganu, jaringan gol tersebut berjaya terhasil menerusi dua pemain import JDT iaitu Juan Muniz Gallego dan penyerang sensasi mereka, Bergson da Silva.

Pada aksi tersebut, kedua pasukan telah pun menurunkan rata-rata pemain baharu di segenap posisi terutamanya Terengganu dalam kesebelasan utama.

Hasil rombakan yang baharu dibuat, Terengganu dilihat berdepan banyak kesukaran sepanjang 90 minit aksi berlangsung untuk menghadapi ancaman lawan.

Faktor utama yang menjadi sebab kenapa Terengganu tewas kepada JDT di SSI semalam dan gagal untuk memberikan momentum lebih baik sepanjang 90 minit permainan ialah mengenai persefahaman.

Apa yang perlu diperhalusi oleh Tomislav Steinbruckner selaku pengendali Terengganu selepas ini ialah mengenai persefahaman pasukan yang lemah untuk tampil lebih baik.

Menerusi isu persefahaman tersebut, ia juga telah mencetuskan banyak kelemahan lain yang jelas dapat dikesan pada perlawanan tersebut untuk diambil iktibar bagi saingan akan datang.

Organisasi pertahanan lemah

Terengganu turun dengan mempertaruhkan gandingan baharu musim ini membabitkan Muhamad Shahrul Nizam dan Sardor Kulmatov di posisi pertahanan tengah.

Walaupun Sardor memiliki aspek fizikal lebih tinggi berbanding pemain tempatan lain, beliau gagal untuk menghalang dua hantaran silang ke dalam petak penalti daripada lawan yang mencetuskan gol.

Malah kombinasi permainan membabitkan Shahrul bersama Sardor juga agak lemah dan kerap dieksploitasi oleh barisan serangan JDT untuk mencipta peluang.

Di bahagian sisi, Hairiey Hakim antara yang mencuri perhatian selepas beliau dilihat begiru mudah terjebak akan kelicikan Arif Aiman dan memberi ruang penyerang muda tersebut untuk mara lebih jauh ke kawasan berbahaya Terengganu.

Kualiti individu negatif

Salah satu perkara yang membezakan antara Terengganu dan JDT semalam ialah kawalan individu setiap pemain setiap kali bola berada di kaki.

Kebanyakan pemain Terengganu gagal untuk mengawal bola dengan lebih baik serta mencipta hantaran-hantaran tepat kepada rakan sepasukan menerusi lebih banyak kesilapan yang dibuat.

Lebih menghampakan, aksi pemain import seperti Adisak Kraisorn dan Ivan Mamut juga sangat lemah dari segi kualiti individu dan gagal membantu Terengganu dengan lebih baik untuk mencipta sesuatu.

Tiada kreativiti cipta serangan

Terengganu sebenarnya memperoleh beberapa peluang untuk mencipta siri serangan bagi mendapatkan sekurangnya satu gol pada perlawanan tersebut.

Namun kreativiti mereka jelas tersekat dengan setiap pergerakan cuba dibina kadangkala mudah dibaca pihak lawan, untuk menutup segala ruang cuba dicetuskan Terengganu.

Pemain seperti Ivan Mamut, Sony Norde, dan Domagoc Pusic juga lebih banyak menggunakan gerakan individu daripada mencipta kombinasi serangan berpasukan untuk memburu gol.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN