Piala Sumbangsih: MFL Beri Jaminan Buat Para Pemain & Penyokong

Menjelang saingan Piala Sumbangsih yang akan bermula tidak beberapa hari sahaja lagi, ramai penyokong mempersoalkan jika ianya bakal ditunda atau diteruskan selepas melihat beberapa situasi melanda ketika ini.

Malah, Selangor juga dilaporkan telah menghantar permohonan rasmi untuk menunda perlawanan tersebut atas faktor keselamatan mereka yang dikhuatiri menjadi mangsa keganasan penjenayah.

Apa tidaknya, dunia bola sepak negara kini secara tiba-tiba digemparkan dengan tiga siri serangan ke atas para pemain tempatan dan ia mula menerbitkan kebimbangan dalam kalangan mereka sendiri.

Segalanya bermula dengan kronologi serangan Akhyar Rashid di Kuala Terengganu sehingga beliau mengalami pendarahan pada bahagian kepala, kaki serta tangan akibat dipukul oleh dua individu tak dikenali.

Tidak terhenti di situ, Faisal Halim turut menjadi mangsa serangan paling teruk pernah dihadapi selaku pemain Malaysia, apabila beliau disimbah asid sehingga mengalami kecederaan teruk yang mungkin akan menyaksikan dirinya berehat panjang dalam dunia bola sepak.

Piala Sumbangsih: Wajar Atau Tidak Selangor Tarik Diri?

Malah, kejadian terbaharu menyaksikan giliran Safiq Rahim turut menjadi mangsa keganasan apabila kereta beliau diketuk dengan tukul oleh dua individu misteri.

Kejadian tersebut sedikit sebanyak mengundang ketakutan dalam kalangan peminat sebelum Liga Bolasepak Malaysia (MFL) memberi jaminan keselamatan polis bakal diperketatkan untuk aksi pertama ini.

“Malaysian Football League (MFL) ingin menyatakan rasa simpati dan kesal di atas insiden yang menimpa tiga pemain Liga Malaysia Akhyar Rashid (Terengganu FC), Faisal Halim (Selangor FC) dan Safiq Rahim (Johor Darul Ta’zim).

“Jelas insiden berasingan ini menggemparkan negara khususnya penyokong bola sepak tempatan yang kini bersatu menyatakan sokongan dan mendoakan agar pemain terlibat dalam keadaan baik.

“MFL mengambil pendirian mengutuk sekeras-kerasnya sebarang bentuk keganasan ke atas mana-mana pemain dan berharap kes ini dapat disiasat secara terperinci oleh pihak berkuasa bagi tindakan lanjut.

“MFL tidak pernah berkompromi dalam memastikan keselamatan pemain serta penyokong yang hadir ke stadium bagi menyaksikan perlawanan Liga Malaysia menerusi kerjasama pasukan dan pihak berkuasa tempatan.

“Justeru pihak MFL telah mengadakan mesyuarat bersama semua ketua pegawai keselamatan kelab Liga Malaysia hari ini bagi memastikan koordinasi keselamatan bagi setiap perlawanan Liga Malaysia musim ini dipertingkatkan,” ujar kenyataan MFL.

Pada masa sama, Ketua Polis Johor Komisioner M Kumar turut memberi jaminan untuk aksi Sumbangsih Jumaat ini dengan pertemuan membabitkan Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Selangor di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri.

Malah, Tan Sri Razarudin Husain selaku Ketua Polis Negara turut menyatakan bahawa persediaan keselamatan pegawai dan anggota polis akan dipertingkatkan.

“Selain itu, jaminan keselamatan kepada pemain dan penyokong bagi Perlawanan Sumbangsih di antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC di Stadium Sultan Ibrahim Jumaat ini (10 Mei 2024) telah diberikan oleh Ketua Polis Johor Komisioner M Kumar yang mengumumkan bahawa seramai 1,500 anggota polis akan dikerah untuk bertugas, termasuk membuat kawalan dan pemeriksaan ketat pada perlawanan itu berbanding hanya 500 anggota pada kebiasaannya.

“Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dalam kenyataan hari ini turut menyatakan bahawa persediaan keselamatan pegawai dan anggota polis akan dipertingkatkan.

“Justeru dengan persiapan keselamatan yang dilakukan oleh pihak Polis, MFL membuat keputusan bahawa semua perlawanan Liga Malaysia yang akan berlangsung minggu ini akan jalankan mengikut jadual termasuk Perlawanan Sumbangsih.

“Dengan jaminan keselamatan oleh pihak Polis, MFL terpaksa menolak permohonan Selangor FC untuk menangguhkan Perlawanan Sumbangsih itu atas faktor kebimbangan mengenai tahap keselamatan pasukan,” jelas MFL akhir sekali.

Sumber:
MFL

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN