“Dekat Tak Tercapai, Jauh Tak Berantara” – Kini Salah Satu Impian Faisal Halim Mungkin Terkubur

Tiada apa lagi boleh dikatakan mengenai keadaan semasa Faisal Halim, selepas semua tahu tragedi malang yang menimpa beliau sehingga menggemparkan dunia bola sepak tempatan serta antarabangsa.

Faisal kini masih lagi terlantar di hospital selepas beberapa pembedahan serta rawatan dibuat dalam usaha untuk memastikan beliau kekal selamat daripada tangan durjana manusia tidak berhati perut.

Apa tidaknya, tatkala pemain Harimau Malaya itu melalui hari yang indah bersama keluarga telah bertukar menjadi episod hitam dalam hidup beliau apabila dirinya telah disimbah asid oleh individu yang tidak dikenali.

Dalam sekelip mata, segalanya telah pun berubah apabila sebahagian tubuh beliau dilaporkan melecur teruk serta tangan kiri bintang Selangor itu sukar untuk bergerak.

Secara fizikal, pemain Malaysia ini jelas kelihatan sangat menyedihkan selepas terlantar di hospital dengan seluruh tubuhnya berbalut bagi mengelak jangkitan kuman.

Namun, pastinya jauh di sudut hati beliau kini lebih parah apabila masa depan beliau dalam dunia bola sepak profesional kelihatan samar-samar atau mungkin akan terus berkubur.

Salah satu impian beliau juga kini mungkin akan kekal dalam ingatan sambil melihat rakan sepasukannya sahaja dari jauh berjuang dalam satu kumpulan pada musim ini di pentas Asia.

Ya, impian Faisal untuk beraksi dalam saingan Asia atas kapasiti mewakili kelabnya kini tidak dapat direalisasikan serta mungkin bakal terkubur terus angkara perbuatan tidak berhati perut orang lain.

Cerita Faisal ke saingan Asia sebenarnya telah pun dikongsikan sendiri oleh dirinya menerusi laman Instagram selepas beliau membantu The Red Giants pada musim lalu untuk mendapatkan slot tersebut.

Penantian panjang beliau ketika itu dilihat sangat berbaloi selepas segala usaha dan sumbangannya bersama Selangor memastikan apa dihajati itu mampu tercapai.

“2022 bersama Terengganu layak ke Asia, tapi tak sempat merasa hasil kerja keras ke Asia kerana memilih cabaran baru, haluan yang baru ke Selangor.

“2023 bersama Selangor layak ke Asia, 2 tahun layak ke Asia rezeki dari Allah, InsyaAllah 2024. Terima kasih semua kepada rakan seperjuangan,” ulas Faisal pada 3 Disember lalu.

Seluruh negara kini yang mengetahui apa berlaku kepada Faisal pastinya sedang mendoakan supaya beliau kekal selamat serta kembali menceriakan dunia bola sepak Malaysia.

Ketika ini, berehatlah. Impian anda untuk ke pentas Asia mungkin tidak mampu dijelmakan dalam masa terdekat walaupun ia sudah pun semakin menghampiri sebenarnya. Rezeki sudah pun tertulis.

“Dekat tak tercapai, jauh tak berantara”, mungkin itu peribahasa sesuai untuk menggambarkan keadaan dihadapi oleh Faisal ketika ini.

Namun, semua orang pun akan tahu akan penat lelah serta usaha anda untuk memastikan kelab mara ke Asia bersama satu impian berjaya dilaksanakan bagi musim ini.

Wira negara yang akan terus didendang, Faisal Halim. Terus berjuang!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN