Piala Sumbangsih: Kenapa Tindakan Selangor Untuk Tarik Diri Wajar Dihormati?

Selangor secara rasminya mencipta kejutan semalam dalam dunia bola sepak tempatan, apabila mereka membuat pengumuman untuk menarik diri daripada menghadapi saingan Piala Sumbangsih tahun ini.

“Selangor FC telah mengambil maklum keputusan MFL untuk tetap meneruskan perlawanan Piala Sumbangsih yang dijadualkan berlangsung pada 10 Mel 2024 ini.

“Setelah penelitian dijalankan dan perbincangan terperinci dengan pelbagal pihak berikutan rentetan dari insiden jenayah serta ancaman yang baru berlaku melibatkan beberapa pemain dan pegawal pasukan dalam tempoh hanya 72 Jam, pihak kelab terpaksa mengambil keputusan yang amat sukar untuk TIDAK HADIR ke Perlawanan Piala Sumbangsih 2024 yang telah lama kelab ini nantikan.

“Berdasarkan keadaan semasa yang tidak menentu, kami di Selangor FC menegaskan keselamatan pasukan adalah perkara paling utama dan kami memandang serius akan segala bentuk keganasan dan ancaman serta tidak akan berkompromi dengan sebarang isu berkaitan keselamatan,” jelas kenyataan mereka semalam.

Keputusan dibuat The Red Giants semalam jelas mendapat perhatian para peminat bola sepak tempatan, dengan pelbagai bentuk komen diberi mereka menerusi medium media sosial.

Sesetengah daripada mereka bersetuju dengan apa dilakukan oleh pengurusan Selangor untuk menarik diri, dan tak kurang turut tampil dengan kritikan menerusi pandangan tersendiri.

Pada pandangan kami, apa dibuat Selangor itu sesuatu yang wajar dihormati atas beberapa faktor walaupun mereka sudah lama tidak beraksi dalam saingan Piala Sumbangsih.

Motivasi pemain masih belum stabil

Selepas apa yang berlaku kepada rakan sepasukan mereka iaitu Faisal Halim, pastinya kebanyakan motivasi para pemain mereka belum berada dalam keadaan terbaik untuk mengharungi aksi buat tempoh masa terdekat.

Tak kurang ada daripada pemain muda mereka tampil trauma ketika ini untuk beraksi kerana apa dihadapi oleh Faisal merupakan sesuatu yang sangat serius dan mampu mengganggu fokus di atas padang.

Tak kurang daripada mereka mungkin masih bersedih akan nasib yang menimpa rakan sepasukan serta memerlukan sedikit masa untuk kembali stabil.

Hormati keadaan Faisal Halim

Keputusan Selangor pada asalnya bukan untuk menarik diri, tetapi lebih kepada memohon bagi menunda aksi tersebut supaya dilangsungkan pada tarikh baharu.

Selain bimbang akan isu keselamatan, ianya juga lebih kepada menghormati dengan nasib yang menimpa bintang Harimau Malaya itu yang masih lagi belum stabil sepenuhnya.

Penghormatan dibuat itu sedikit sebanyak mampu menghadirkan rasa positif buat keluarga Faisal dengan menunjukkan mereka sangat prihatin buat pemain tersebut.

Pengurusan Selangor masih trauma

Dengan apa yang menimpa kepada pemain mereka sebelum saingan bermula, pastinya pengurusan Selangor masih lagi trauma dan bimbang jika ada pemain mereka terus menjadi mangsa.

Apatah lagi penjenayah kepada kes tersebut masih lagi belum disahkan sepenuhnya dan ada kemungkinan masih bebas untuk mencari mangsa seterusnya.

Tidak tertakluk kepada Selangor sahaja, pengurusan kelab lain juga pastinya kini turut bimbang akan hal tersebut dengan Akhyar Rashid serta Safiq Rahim telah tersenarai sebagai mangsa keganasan jenayah itu.

Bagaimana pula dengan pandangan anda?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN