Saingan Piala Sumbangsih 2023 akan membuka tirai pada malam esok dengan membabitkan pertemuan antara Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Terengganu di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri.
Pertemuan membabitkan antara JDT dan Terengganu pastinya amat dinanti-nantikan para penyokong kerana mereka ingin melihat jika tuan rumah akan terus mendominasi kejuaraan tersebut, atau pelawat akan melakar kejutan.
Tampil dengan prestasi yang baik pada aksi pramusim lalu, JDT dilihat tidak membuat rombakan besar di segenap sudut, selain menambah beberapa kekuatan di setiap posisi berbanding tahun lalu.
8️⃣ jam lagi!
Saingan Liga Malaysia 2023 akan membuka tirai malam ini dengan Perlawanan Sumbangsih di antara Johor Darul Ta’zim 🟦🟥 dan Terengganu FC ⬜️⬛️!
Ambil “screenshot” dan kongsikan ramalan keputusan anda.#PSHAS2023 #Sumbangsih2023 pic.twitter.com/eQrRuBfMnl
— Malaysian Football League (@MFL_MY) February 24, 2023
Terengganu pula, mereka dilihat menbuat rombakan yang agak ketara terutama sekali di posisi tengah dan serangan untuk menepati piawaian baharu daripada pengendali, Tomislav Steinbruckner.
Menerusi perlawanan malam ini, tiga pemain dijangka bakal menyerlah untuk mempamerkan aksi berkualiti bersama pasukan masing-masing di atas padang.
Bergson da Silva
Penyerang utama JDT ini telah meletakkan diri beliau sebagai salah satu pemain import paling bernilai pernah dimilik Harimau Selatan menerusi sumbangannya di hadapan gol.
Siapa sahaja tidak kenal Bergson, setelah diri beliau berjaya merangkul gelaran penjaring terbanyak untuk saingan Liga Super serta Piala Malaysia tahun lalu.
55' GOL | Bergson bicycle kick!@OfficialJohor 3-0 @SabahFCofficial #LigaSuper2022 pic.twitter.com/jxs8eAYYNI
— Malaysian Football League (@MFL_MY) October 15, 2022
Kualiti yang ada pada Bergson dijangka akan terus konsisten, setelah diri beliau dikelilingi rakan sepasukan berkualiti dalam memberi lorongan-lorongan berbahaya serta konsistensi dirinya di hadapan gol.
Barisan pertahanan Terengganu pastinya perlu menyedari ancaman yang dibawa Bergson sering tidak pernah mengecewakan di hadapan gol dan pemain ini memiliki keupayaan untuk mencipta jaringan dari pelbagai sudut dan situasi.
Arif Aiman Hanapi
Pemain muda terbaik negara ini sudah pun menikmati musim terbaik beliau pada tahun lalu bersama JDT, dengan pelbagai kejayaan telah dikecapi dirinya di peringkat domestik.
Malah, Arif boleh dianggap sebagai salah satu kunci utama kekuatan JDT di bahagian serangan menerusi sumbangan beliau dari segi ketepatan hantaran serta ketajaman beliau di hadapan gol.
39' GOL | Arif Aiman Hanapi menyempurnakan sepakan percuma ini untuk gol kedua JDT!@OfficialJohor 2-0 @SabahFCofficial #LigaSuper2022 pic.twitter.com/t8dC1kkx7u
— Malaysian Football League (@MFL_MY) October 15, 2022
Pertahanan lawan yang dijangka bakal mengambil tugas berat untuk mengawal Arif pada malam esok ialah Alif Zakaria dan pastinya beliau tidak rela membiarkan bintang muda itu bebas di kawasan Terengganu.
Adisak Kraisorn
Penyerang kebangsaan Thailand ini buat pertama kali menyertai saingan Liga Malaysia (Liga M), setelah menikmati saat terbaik dengan selesa di negara asalnya sebelum itu.
Adisak yang dikenali merupakan salah seorang penyerang handalan yang aktif di Asia Tenggara serta diakui ketajaman beliau dalam mencipta jaringan selain rakan sepasukan, Teerasil Dangda.
Adisak Kraisorn in action! @ASTROARENA pic.twitter.com/cwzVN6E6vl
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) January 29, 2023
Walaupun tidak begitu menyerlah pada pramusim lalu, dijangka Adisak bakal mengetuai bahagian serangan Terengganu dalam misi untuk merobek gawang lawan sepanjang 90 minit aksi berlangsung.