Piala Sumbangsih: Kecederaan Alvaro Dan Sandro Resahkan Marcote

Ketua jurulatih Kedah, Ramon Marcote resah menjelang sepak mula aksi Piala Sumbangsih diantara pasukan Kedah bertemu Johor Darul Takzim (JDT) apabila dua tonggak import pasukannya kemungkinan tidak dapat diturunkan pada perlawanan itu nanti.

Kedah yang bakal berkunjung ke Larkin pada 3 Febuari ini bakal menghadapi juara Liga Super 2017 itu tanpa pemain import mereka iaitu, Alvaro Silva dan Sandro Da Silva.

Alvaro yang juga import baharu skuad Helang Merah, telah mengalami kecederaan sewaktu menentang kelab Thailand, Suphanburi FC dalam perlawanan pra musim pada 24 Januari lalu. Manakala, Sandro pula belum pulih sepenuhnya dari kecederaan yang dialaminya sebelum ini.

Alvaro dan Silva berada dalam perancangan penting pasukan Kedah untuk menghadapi JDT di Larkin selain dua import lain iaitu Pablo Pallares dan Liridon Krasniqi.

Semasa disoal mengenai kecederaan Alvaro dan Sandro, Marcote menyifatkan perkara tersebut merupakan lumrah dalam dunia bolasepak. Setiap pasukan pasti akan menghadapi masalah kecederaan pemain dan tiada siapa boleh menjangkakan.

“Inilah bolasepak, apa saja boleh berlaku. Kami terpaksa berhadapan dengan masalah kecederaan pemain yang di luar jangkaan”

Tambahannya lagi, “Kami besar kemungkinan terpaksa melupakan khidmat dua import berkenaan kerana masih belum pulih sepenuhnya dan hal ini memaksa saya melakukan beberapa perubahan dan mencari pengganti yang mampu menggalas tugas di posisi berkenaan”

Walau bagaimanapun, Marcote akan menilai segala kemungkinan serta perubahan taktikal terutama aspek pemilihan pemain bagi memastikan kekuatan pasukan seimbang di setiap bahagian dalam pertemuan tersebut.

Sehubungan itu, Marcote juga mahukan pemain yang bakal diturunkan nanti menggunakan sepenuhnya peluang yang diberikan untuk membantu pasukan membawa pulang trofi Piala Sumbangsih tahun ini ke Darul Aman.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN