Tiket Perlawanan Piala Sumbangsih 2017 Sudah Habis!

Tiket perlawanan Piala Sumbangsih 2017 telah pun habis dijual. Ia disahkan oleh pasukan tuan rumah JDT. Hebahan telah pun dibuat di lama rasmi Johor Southern Tiger sebentar tadi.

Tiket mulai dijual pada hari ini melalui pembelian di kaunter dan juga menerusi atas talian. 30,000 tiket habis dijual dalam sekelip mata.

Berdasarkan perkongsian di dalam media sosial, ramai yang beratur panjang di Stadium Larkin untuk mendapatkan tiket perlawanan Piala Sumbangsih di antara JDT dan Kedah.

Ramai juga yang kecewa kerana tidak sempat membeli tiket perlawanan ini. Mana tidaknya, ia adalah perlawanan yang sangat ditunggu-tunggu oleh penyokong-penyokong kedua-dua pasukan.

Kedua-dua pasukan beraksi dalam perlawanan ini setelah JDT menjuarai Liga Super musim lalu dan Kedah pula menjuarai Piala Malaysia.

Bahang perlawanan ini memang sudah dirasai oleh semua, bukan sahaja penyokong JDT dan Kedah. Ia adalah perlawanan yang menandakan bermulanya musim 2017 Liga Malaysia.

sumber foto: JST

Perlawanan ini akan berlangsung pada 20 Januari 2017 ini. Sepak mula perlawanan adalah pukul 9 malam.

Sebagai rekod inilah kali pertama kedua-dua pasukan bertemu dalam Piala Sumbangsih ataupun Piala Sultan Ahmad Shah. Kedua-dua pasukan menjuarai kejuaraan ini sebanyak 2 kali.

**Nota editor: Kejuaraan tidak termasuk Johor FA yang menang trofi ini pada 1986.

Kali terakhir Kedah menjurai Piala Sumbangsih adalah pada 1994. Selepas itu mereka menjadi naib juara 3 kali iaitu pada tahun 1997, 2008 dan 2009.

Untuk pasukan JDT pula mereka adalah juara bertahan Piala Sultan Ahmad Shah. Mereka menjuarai edisi ini untuk 2 tahun berturut-turut sebelum ini.

Mereka dalam misi mencari kejuaraan hat trik untuk Piala Sumbangsih selepas memenanginya pada 2015 dan 2016. Mampukah Kedah menghalang JDT daripada menikmati kejuaraan ketiga berturut-turut?

Kami di semuanyaBOLA mengharapkan suasana meriah ini dapat dikekalkan dengan semangat kesukanan yang tinggi pada hari final nanti.

Baca juga: Ken Ilso: Penyerang Kedah Yang Sedang Kejar Ijazah Perundangan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN