Mario Gomez Tinggalkan JDT, Mora Bakal Pengganti?

Kami terkejut dengan perkhabaran Mario Gomez akan meninggalkan JDT.

Pengesahan itu dibuat oleh YAM Tunku Tun Aminah binti Sultan Ibrahim, Presiden Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim melalui facebook Johor Southern Tigers.

Tun Aminah turut mengucapkan terima kasih kepada jurulatih lageda JDT ini.

Ia adalah atas mutual consent ataupun persetujuan bersama. Mungkinkah JDT terpaksa melepaskan Gomez atas masalah-masalah yang tidak dapat dielakkan?

Namun begitu, JDT tetap menggariskan cita-cita kelab tersebut sebagai keutamaan dalam membuat keputusan kali ini.

Mario Gomez & JDT

Mario Gomez mengambil alih tugasan di JDT pada April 2015 selepas prestasi tidak menentu JDT di bawah kendalian Bojan Hodak. Beliau telah memperbaiki JDT dari semua aspek.

Beliau mewujudkan satu pasukan dengan falsafah yang stabil di pertahanan dan agresif ketika menyerang. Gomez terkenal dengan formasi 4-4-1-1 yang menjadikan mereka pasukan invincibles dalam Liga Super musim lalu.

Sebagai rekod, sejak mengambil alih jawatan ketua jurulatih di JDT, Gomez membawa JDT menjuarai Piala Sumbangsih (2016), Piala FA (2016), dua 2 kejuaraan Liga Super (2015 dan 2016).

Pencapaian paling signifikan sudah pastilah kejuaraan Piala AFC pada 2015. Kejohanan yang turut menjadikan JDT pasukan pertama dari Asia Tenggara memenanginya.

JDT juga pasukan pertama dari Malaysia untuk mencapai tahap gemilang itu. Tidak lupa, Safiq Rahim turut menjadi pemain paling bernilai kempen Piala AFC 2015. Semuanya kerana sistem Gomez.

Agak mengejutkan kerana, dalam tempoh 2 hari lagi, JDT akan melayan kunjungan Kedah dalam misi mepertahankan trofi Sumbangsih untuk tahun ketiga berturut-turut di bumi Johor.

Ia sudah pasti satu tamparan hebat untuk para pemain JDT dalam rangka persiapan terakhir untuk perlawanan Jumaat ini.

Siapakah bakal pengganti?

Sukar untuk membuat spekulasi buat masa ini, kerana perkara ini berlaku sangat mengejut. Buat masa ini, JDT pastinya akan menyerahkan tugasan itu sementara kepada Ismail Ibrahim.

Mungkinkah Benjamin Mora akan dilantik menjadi ketua jurulatih JDT? Beliau buat masa ini adalah jurulatih JDTII.

Ini kerana falsafah bola sepak Mora yang disenangi oleh TMJ. Beliau adalah pembangun bakat muda. Skuad JDT 2017 sarat dengan bakat muda.

Sebelum ini TMJ banyak mengikuti bola sepak Sepanyol dengan lebih dekat. Adakah calon baru itu perlu ada DNA  bola sepak Sepanyol? Mario Gomez sendiri pernah menjadi jurulatih di Sepanyol.

TMJ juga memiliki jaringan perhubungan dalam bola sepak yang sangat luas di seluruh dunia. Ini termasuk rakan baik beliau iaitu Peter Lim pemilik Valencia.

Yang pasti, kami membuat perkiraan, TMJ akan memilih jurulatih asing sekali lagi. Senarai itu mungkin sudah ada pada beliau dan kita tunggu sahaja pengumuman beliau dalam masa terdekat.

Untuk potensi jurulatih tempatan, ia boleh dikatakan kerjaya impian!

Adios Mario Gomez

Kami di semuanyaBOLA mengucapkan selamat tinggal dan selamat maju jaya kepada Mario Gomez yang merupakan antara jurulatih terbaik pernah hadir ke kancah liga Malaysia.

Semoga anda terus berjaya dalam apa jua yang anda lakukan di masa hadapan. Anda akan tetap diingati sebagai jurulatih yang sangat berkaliber!

Baca juga: Tiket Perlawanan Piala Sumbangsih 2017 Sudah Habis!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN