Sultan Selangor Titah PKNS FC Untuk Beraksi Di Piala Sultan Selangor 2017

PKNS FC dititahkan untuk mewakili sebagai ‘Selangor’ oleh Sultan Selangor bagi perlawanan Piala Sultan Selangor tahun ini.

Menurut sumber Arena Harimau Malaysia, pasukan yang dikenali sebagai Sang Semut Merah itu akan menggantikan pasukan Selangor FA yang sering menjadi wakil untuk kesekian lamanya.

Gambar: Kamarul Akhir/Asiana

Titah sultan

Titah daripada Sultan Selangor itu hadir menerusi sepucuk surat yang diberikan menerusi pengerusi dan pengurus pasukan untuk Piala Sultan Selangor kali ini – Tan Sri Dato’ Abdul Karim Munisar.

Menulis surat kepada presiden PKNS FC, Puan Hajah Siti Zubaidah Abd. Jaafar, Tan Sri Karim menulis yang arahan untuk menghantar pasukan PKNS FC ke Piala Sultan Selangor 2017.

“Adalah dimaklumkan DYMM Sultan Selangor telah menitahkan untuk memilih PKNS FC bagi mewakili Selangor untuk perlawanan Piala Sultan Selangor.”

Gambar: Arena Harimau Malaysia

Pemilihan ini boleh dikatakan sebagai tajuk baharu kepada persengketaan antara FA Selangor dan PKNS FC yang bermula pada pra-musim tahun ini.

Keluarga diraja Selangor nyata tidak mengiktiraf FA Selangor sementara bekas presiden FAS iaitu Datuk Seri Azmin Ali menyatakan PKNS FC kini adalah pasukan utama di Selangor.

Piala Sultan Selangor kembali untuk 2017 selepas dibatalkan pada edisi 2016.

Ia akan diadakan pada 6 Mei 2017 dan bakal dilangsungkan di Stadium Nasional, Singapura.

Baca juga: Kecewa Dengan Pemain, Pengurus Kelab Ini Bawa Mereka Melawat Kilang Untuk ‘Ajar’ Mereka

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN