VIDEO: Adakah JDT Bakal Keluarkan Telefon Pintar Jenama Sendiri?

Adakah pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal keluarkan telefon pintar mereka sendiri?

Satu perkembangan baharu dari kem JDT menyaksikan pihak JOHOR Southern Tigers (JST) menerusi Facebook mereka mengeluarkan 1 video teaser mengenai produk baharu yang bakal dikeluarkan mereka.

Dalam video teaser berdurasi 16 saat itu, terdapat sedikit rupa telefon pintar yang ditunjukkan secara dalam video berwarna hitam putih.

Selain itu juga terdapat kelibat pertahanan Marcos Antonio serta kapten Safiq Rahim di dalam video tersebut.

Dan klu paling jelas adalah pada akhir video ini apabila tertera perkataan ‘Coming Soon’ dengan logo bateri telefon pintar dibawahnya.

Satu tindakan yang berani dari pihak JDT untuk menghasilkan telefon pintar mereka sendiri.

Jadi peminat JDT, anda teruja dengan berita ini?

Baca juga: Sultan Selangor Titah PKNS FC Untuk Beraksi Di Piala Sultan Selangor 2017

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN