Piala Presiden 2019: Perak Tumpaskan Juara Bertahan, Tempah Tiket Ke Final

Perak

Perak meranapkan impian juara bertahan, Terengganu apabila mencatatkan kemenangan 2-0 menerusi penentuan sepakan penalti [terikat 3-3 menerusi kiraan aggregit) pada aksi separuh akhir kedua yang berlangsung di Stadium Perak, Ipoh.

Perak yang tewas 1-2 pada aksi pertama di Kuala Terengganu terlepas peluang membuka tirai jaringan pada minit ke-11 apabila Muhammad Haziq Mohd Subri melakukan percubaan yang sedikit tersasar ketika pintu gol Terengganu sudah pun terbuka luas.

Kehampaan itu bagaimanapun berjaya ditebus Haziq apabila percubaannya dalam kawasan penalti mengelirukan penjaga gol, Syed Muhammad Nasrulhaq Syed Bidin bagi kembali menyamakan kedudukan menerusi aggregit pada minit ke-26.

Ketika aksi babak pertama semakin menghampiri penamat, Amirul Syazwan Nor Azmi melonjakkan kegembiraan buat penyokong Terengganu yang turun ke Stadium Perak.

Jaringan tersebut berpunca daripada sepakan percuma rendah dilepaskan Amirul Syazwan yang gagal dihalang penjaga gol Perak, Muhammad Syakir Danial Ma’amal Hajri.

Sedar hanya jaringan yang mencerahkan peluang untuk layak ke perlawanan akhir, Perak yang dibimbing bekas pemain kebangsaan, K. Nanthakumar memasukkan Muhammad Yusof Abdullah bagi menambah bisa di jentera serangan.

Yusof pantas memberikan impak buat pasukan apabila beliau dikasari dalam kawasan penalti yang sekaligus menghadiahkan sepakan penalti buat Perak.

Penjaring terbanyak kejohanan itu tidak berdepan masalah untuk menyempurnakan sepakan pada minit ke-67 untuk sekali lagi memberikan pendahuluan buat Perak.

Kedudukan 2-1 itu kekal hingga wisel penamat ditiupkan pengadil perlawanan, Abang Azharudin Abdullah memaksa perlawanan berlanjutan hingga ke masa tambahan.

Perak terlepas dua peluang terbaik untuk mengukuhkan kedudukan pada masa tambahan tetapi percubaan Yusof sedikit tersasar manakala rembatan Saifuddin Khairil Anuar pula sekadar singgah di tiang gol.

Terengganu turut kecewa pada lewat aksi masa tambahan setelah tandukan hasil sepakan percuma dilakukan Muhammad Afif Sufyan Azma pula terkena palang gol.

Aksi 20 minit masa tambahan masih belum menjelmakan jaringan yang diharapkan kedua-dua pasukan dan pemenang terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti.

Penjaga gol Perak, Muhammad Syakir Danial muncul wira buat Perak selepas beliau menafikan tiga sepakan yang diambil Muhammad Syaiful Haqim Shahrul, Engku Muhammad Nur Shakir Engku Yacob dan Muhammad Syafiq Danial Mohd Romzi.

Dua sepakan yang disempurnakan Yusof dan  Khairul Syafiq Mustaffa sudah cukup untuk membawa Perak ke perlawanan akhir bagi berdepan PKNS FC yang menundukkan Johor Darul Ta’zim 1-0.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN