Piala MLS 2017: Jozy Altidore Julang Toronto, Kecewakan Seattle Sounders

Tahun lalu Toronto dikecewakan di hadapan penyokong sendiri melalui sepakan penalti. Toronto ditewaskan Seattle Sounders dalam perlawanan akhir Piala MLS 2016.

Tahun ini, skrip hampir sama berulang apabila mereka dipertemukan dalam perlawanan akhir Piala MLS 2017. Malah, sekali lagi mereka beraksi di laman sendiri di Toronto.

Jozy Altidore hero Toronto

Jozy Altidore meraikan golnya. Sumber: Washington Post.

Pada minit ke-67, Jozy Altidore menjaringkan gol pendahuluan buat Toronto. Sebelum ini mereka terikat 0-0 pada separuh masa.

Beliau berjaya memecahkan benteng pertahanan Sounders dengan gerakan yang mengelirukan setelah menerima hantaran jauh dari pemain tengah Toronto.

Victor Vazquez menambah gol Toronto pada minit kecederaan bagi mengesahkan kejuaraan MLS Cup 2017 ini. Beliau menyambar bola muntah selepas bola terkena palang gol, dan tidak mensia-siakan peluang keemasan tersebut.

Jozy Altidore dianugerahkan sebagai penerima anugerah ‘Most Valuable Player’ bagi perlawanan akhir ini.

Treble buat Toronto

Pemain Toronto meraikan kejayaan Canadian Championship musim ini. Sumber: MLS.

Musim ini, Toronto telah menyapu bersih semua trofi yang dipertandingkan. Sebelum perlawanan akhir ini, Toronto telah menjuarai MLS Supporters Shield selepas mengutip mata tertinggi.

Selain itu, dalam saingan Canadian Championship,  Toronto turut memenanginya dengan menewaskan Montreal Impact.

Kemenangan MLS Cup tadi melengkapkan musim yang amat bermakna buat mereka. Namun begitu, mereka tidak dapat beraksi dalam saingan CONCACAF Champions League musim 2019.

Ini berikutan peraturan ditetapkan hanya pasukan MLS di Amerika Syarikat sahaja layak untuk beraksi dalam kejohanan itu. Pengganti mereka akan ditentukan oleh pengurusan MLS selepas penilaian dibuat.

Difahamkan penilaian itu termasuk meneliti pasukan dari Amerika Syrikat mana yang lebih berhak beraksi untuk CONCACAF Champions League 2019. Antara ukuran penilaian itu ialah prestasi kelab bagi musim 2017 dan 2018.

Apa-apa pun, tahniah buat Toronto!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN