Saingan Piala Malaysia 2022 dijangka akan menimbulkan misteri kerana walaupun undian sudah pun dilakukan, tetapi masih lagi sukar untuk meneka pasukan mana akan bertemu siapa.
Hal ini kerana, format baharu undian untuk Piala Malaysia menyaksikan pasukan-pasukan Liga Super hanya akan mengetahui siapakah lawan mereka selepas liga tamat berlangsung.
Berbeza dengan lima pasukan Liga Premier, mereka sudah pun mengetahui kedudukan mereka cuma masih misteri siapakah lawan dari Liga Super yang menanti mereka.
Dalam undian yang dilakukan sebentar tadi, kesemua wakil Liga Super hanya disebut dengan kod LS sahaja berbanding wakil Liga Premier yang disebut namanya.
Hal ini disebabkan format undian yang dimana, lawan sebenar daripada Liga Super hanya boleh diketahui selepas tamat saingan liga pada 15 Oktober ini.
Berikut adalah keputusan penuh undian Piala Malaysia 2022:
- LS11 lawan Kuching City
- UITM lawan LS3
- LS10 lawan Kelantan
- LS9 lawan Johor Darul Ta’zim
- Kelantan United lawan LS5
- LS8 lawan LS4
- PDRM lawan LS6
- LS7 lawan LS2
Piala Malaysia akan bermula pada 25 dan 26 Oktober ini berikutan penglibatan Kuala Lumpur City dalam perlawanan akhir Piala AFC pada 22 Oktober.