Piala Malaysia: Terengganu Mudah Ratah Sri Pahang Di Darul Makmur

Jaringan hatrik dari Kpah Sherman membolehkan Terengganu berpesta jaringan di Stadium Darul Makmur untuk mencatat kemenangan selesa 4-1 ke atas tuan rumah – Sri Pahang.

Malah jaringan pantas di separuh masa pertama dan separuh masa kedua antara kunci kejayaan mereka ke atas skuad Tok Gajah.

Kemenangan ini memberi kelebihan buat Terengganu dan Sri Pahang perlukan keajaiban di perlawanan kedua nanti untuk menafikan kemaraan pelawat.

Dalam perlawanan ini, ketua jurulatih Terengganu, Nafuzi Zain menggunakan taktikal menyerang dan intensiti tinggi ke atas Sri Pahang apabila meletakkan gandingan import di hadapan, Sherman dan Tchetche Kipre.

Ternyata strategik ini menjadi buat mereka selepas Terengganu mengejutkan tuan rumah dengan dua jaringan pantas menerusi Sherman dan Nik Sharif dalam tempoh tiga minit awal permainan.

Sri Pahang bagai dipukau dengan permainan Terengganu cuba menyusun kembali permainan untuk menghalang pemain lawan daripada terus bermaharajala memegang bola dengan bebas dan mengatur serangan dengan mudah.

Namun bagi Terengganu, dua jaringan awal bagai tonik buat mereka dan para pemain terus menekan barisan pertahanan Sri Pahang yang dilihat agak goyah.

Serangan demi serangan yang diatur oleh Terengganu hampir menambah jaringan namun beberapa kali peluang terbaik itu terlepas begitu sahaja.

Dalam satu serangan pantas melalui gerakan cantik Manuel Ott hampir mencetak jaringan ketiga namun percubaan dari luar kotak penalti diselamatkan oleh penjaga gol Sri Pahang -Mamadou Samassa.

Gandingan tiga serangkai antara Faisal Halim, Kipre dan Sherman dalam perlawanan ini begitu bahaya sehingga membuatkan pemain pertahanan Sri Pahang menjadi kucar-kacir dengan gerakan mereka ini.

Anak buah Dato’ Dollah Salleh mengalami sedikit kesukaran dalam perlawanan ini dan dilihat bermain secara bertahan sedikit dan cuba membalas serangan apabila  berpeluang.

Sebelum tamat separuh masa pertama, Steven Rodriguez menghidupkan peluang untuk Sri Pahang bangkit di separuh masa kedua nanti dengan merapatkan kedudukan pada minit ke-43 selepa bijak melepasi perangkap ofsaid.

Rodriguez hampir menyamakan kedudukan menerusi serangan balas namun percubaan beliau diselamatkan oleh penjaga gol Terengganu.

Kali ini pemain lincah kebangsaan, Faisal membuktikan kenapa beliau antara pemain terbaik ketika ini apabila gerakan cantik beliau sebelum melepaskan rembatan kencang dalam kotak penalti untuk gol ketiga Terengganu pada minit ke-48.

Selang tiga minit kemudian, Sherman sekali lagi menambah derita pemain Sri Pahang selepas meledak jaringan keempat dan gol peribadi kedua buat dirinya untuk selesa mendahului tuan rumah 4-1.

Biarpun selesa mendahului, Terengganu tidak mengendurkan rentak permainan sebaliknya terus bernafsu menyerang untuk mencari gol kelima.

Sherman hampir melengkap hatrik buat dirinya namun gagal memanfaatkan hantaran cantik dari Faisal.

Sementara pemain Sri Pahang seperti terpaku melihat intensiti tinggi yang dipamerkan oleh anak buah Nafuzi dalam perlawanan ini.

Melihat kelompongan yang ada, Dollah melakukan bertukaran dengan memasukan Sergio Aguero dan Lee Tuck untuk mengawal bahagian tengah dan menambah sengat di bahagian serangan.

Kemasukan pemain ini ternyata memberi sedikit perubahan buat Sri Pahang dan mereka mula mempunyai beberapa gerakan berbahaya.

10 minit terakhir, Sri Pahang cuba melakukan kebangkitan dan mengatur serangan demi serangan terutama dari gerakan Manuel Hidalgo.

Hidalgo hampir mendapatkan jaringan buat tuan rumah namun percubaan deras dari luar kotak berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Terengganu – Suhaimi Husin.

Terengganu yang tidak puas dengan empat jaringan terus mengatur serangan tanpa belas asihan buat tuan rumah. Sherman akhirnya melengkapkan hatrik beliau pada minit ke-91.

Jaringan itu sekali gus mematikan terus momentum Sri Pahang dan mereka terpaksa akur dengan kekalahan besar 1-5 ke atas Terengganu.

Mereka akan bertemu kembali di perlawanan kedua pada 1 Novemberi ini di Kuala Terengganu untuk membuat perhintungan siapa yang akan mengisi slot ke suku akhir.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN