Baddrol Bakhtiar Belum Sedia Untuk Pulang Ke Pangkuan Kedah

Baddrol Bakhtiar Sabah 2022 pulang Kedah ka 2023

Pelbagai spekulasi timbul saat Baddrol Bakhtiar telah memuat naik video bertema hitam putih dan beliau akhirnya menafikan akan pulang ke Kedah.

Baddrol menyertai revolusi Sabah FC pada awal musim lalu selepas 15 tahun menabur bakti bersama Kedah Darul Aman untuk bersama sifunya yang juga bekas pengendali skuad kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee.

Video tersebut yang dimuat naik oleh Baddrol di akaun media sosialnya dan mendapat pelbagai reaksi sehinggakan menimbulkan spekulasi hangat.

Beliau dikatakan bakal kembali ke pangkuan Sang Kenari dan khabar itu ditambah sensasinya dengan khabar angin yang mengatakan seorang bekas pemain bakal kembali untuk bersama pasukan untuk musim depan.

Selain itu, menurut bekas pengendali, Aidil Sharin Sahak ketika menyaksikan mereka tewas 1-3 kepada Terengganu FC telah katakan isu kepimpinan pasukan antara punca prestasi tidak menentu musim ini, “Kami juga tidak tak ada pemain senior dalam pasukan yang boleh memimpin pasukan.”

Beliau tidak menafikan cubaan Syazwan Zainon untuk memimpin pasukan dan sentiasa berusaha keras ke arah itu. Tetapi, ia masih belum cukup.

Kedah telah menutup tirai musim 2022 di kedudukan terburuk mereka sejak kembali ke saingan Liga Super pada musim 2016 – kedudukan ke-8.

Dengan isu kepimpinan pasukan ditimbulkan selain terdapat khabar angin bekas pemain bakal kembali, Baddrol dikaitkan akan pulang ke Kedah.

Namun, menerusi pendedahan yang dilakukannya kepada Flash Sukan terhadap isu tersebut, beliau dengan pantas menafikan khabar angin itu.

Beliau turut mengatakan yang video tersebut adalah hasil kerja oleh media Sabah FC dan beliau hanyalah memuat naik di laman media sosialnya.

“Video itu menggambarkan keharmonian dan kerja keras kami berpasukan tahun ini. Ianya dihasilkan oleh media Sabah FC dan bagi saya ianya adalah satu video yang sangat bermakna buat para pemain dan juga untuk meningkatkan semangat buat para penyokong Sabah.”

Ini terus menutup spekulasi yang mengatakan dirinya bakal kembali ke Kedah dan akan terus kekal bersama ‘The Rhinos’ untuk musim hadapan.

Sabah menamatkan musim ini dengan prestasi yang boleh dibanggakan apabila berada di tangga ke-3 Liga Super dan mara ke suku akhir Piala FA.

Mereka berpotensi untuk beraksi di pentas Piala AFC 2023 sekiranya Johor Darul Ta’zim (JDT) atau Terengganu menjuarai saingan Piala Malaysia. Atau mereka mungkin meraih tiket tersebut dengan menjuarai Piala Malaysia.

Sabah berjaya memenangi aksi pertama pusingan 16 terbaik berdepan UiTM FC dengan keputusan 2-1 dan Baddrol juga muncul sebagai salah seorang penjaring gol dalam aksi yang telah berlangsung, malam tadi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN