Piala Malaysia: Terengganu Masih Berpeluang Untuk Ke Final

Slot values 'important' win over Wolves going into tough week Loading official content
Slot values 'important' win over Wolves going into tough week
Arne Slot was delighted with the mental resilience his Liverpool FC side displayed in the ‘important’ 2-1 victory over Wolverhampton at Anfield.
0 seconds of 38 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Guardiola highlights Marmoush's great performance in Newcastle win
01:04
00:00
00:38
00:38
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Guardiola highlights Marmoush's great performance in Newcastle win Borneo's first training session at Segiri after stadium renovation Spurs fans celebrate Son's olympic goal vs Man United Toney scores fantastic header against Ronaldo's Al-Nassr The King visits Tottenham Hotspur and meets Heung-min Son PSG outfield players show their heading and goalkeeping skills Memphis Depay's magical control and assist against Neymar's Santos Bellingham’s winning goals in added time since joining Real Madrid Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Pertahanan kental Terengganu iaitu Safwan Mazlan menyifatkan pasukan kendaliannya itu masih lagi mempunyai peluang untuk melangkah ke pentas akhir kejohanan Piala Malaysia 2024/2025.

Terdahulu, Sang Penyu mencatat kekalahan cukup mengaibkan di halaman sendiri menerusi keputusan 0-4 di tangan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi pusingan pertama kejohanan tersebut.

Walaupun berkelebihan di halaman sendiri iatu Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), Terengganu seolah tidak berdaya untuk menyerap asakan bertali arus pelawat pada perlawanan itu.

Atas kertas, jelas Terengganu dilihat sukar untuk cuba mencipta sebarang kejutan kerana terlalu banyak jumlah gol perlu dikejar mereka demi mengatasi JDT.

Apatah lagi Sang Penyu juga bakal beraksi di halaman sendiri iaitu Stadium Sultan Ibrahim (SSI), sambil dikelilingi para peminat kesayangan mereka sepanjang aksi berlangsung.

Jelas Safwan, Terengganu tidak akan sesekali mengalah awal sebelum tirai perjuangan bersambung pada Sabtu ini demi cuba melayakkan diri ke pentas akhir.

Malah pemain muda Harimau Malaya itu juga menaruh kepercayaan tinggi kepada Badrul Afzan Razali untuk mencipta strategi berkesan demi mengatasi pasukan tuan rumah.

“Sejujurnya kami sedar pertemuan itu adalah sukar dengan kelebihan ternyata berpihak kepada pasukan lawan yang beraksi di tempat sendiri selain mereka di depan dengan empat jaringan hasil kemenangan pada aksi separuh akhir pertama di Kuala Terengganu.

“Bagaimanapun kami tidak akan sesekali menyerah kalah sebelum berjuang, kami juga tidak rela pintu gol dibolosi lagi, jika boleh kami mahu terbalikkan kekalahan itu pada aksi Sabtu ini biarpun ianya berliku.

“Lagipun peluang masih ada, dalam sukan bola sepak ini macam-macam boleh terjadi, saya juga sudah serasi beraksi dengan rakan sepasukan di posisi pertahanan begitu juga dengan pemain lain.

“Pada masa sama kami juga percaya dengan barisan kejurulatihan yang diketuai Badrul Afzan dan ditambah kehadiran bekas kapten kebangsaan, Rosdi Talib, harap strategi kami menjadi pada perlawanan itu nanti,” kata beliau menerusi Harian Metro.

Walaupun mencipta kekalahan besar 0-4 pada aksi separuh akhir pertama, Sang Penyu berjaya memberi persaingan sengit di saingan Liga Super beberapa hari kemudian, dengan mereka hanya mencipta kekalahan tipis 0-1 sahaja kepada Harimau Selatan.

Dijangka, aksi lebih sengit bakal ditampilkan kedua pasukan itu pada Sabtu ini dengan kedua pasukan sudah tentu menaruh keinginan tinggi ke pentas akhir Piala Malaysia 2024/2025.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN