Indonesia Sedia Perkenal 6 Pemain Warisan Baharu Di Serata Posisi

Indonesia nampaknya serius untuk terus melangkah lebih jauh dalam dunia bola sepak di pentas antarabangsa, apabila mereka sedia mengumumkan enam lagi pemain warisan terbaharu buat skuad kebangsaan.

Umum mengetahui, Sang Garuda kini sedang giat mendapatkan ramai pemain-pemain warisan yang memiliki pertalian darah bersama Indonesia dengan beberapa nama terdahulu sudah diumumkan serta menabur bakti untuk mereka.

Beberapa nama besar seperti Jay Idzes, Justin Hubner, Kevin Diks, dan ramai lagi sudah pun mempamerkan kualiti cukup menyakinkan bersama skuad kebangsaan Indonesia di pentas antarabangsa.

Bawah kelolaan baharu Patrick Kluivert, mereka tampil dengan sasaran cukup jelas untuk melayakkan diri ke saingan Piala Dunia 2026 sekali gus merekodkan sejarah baharu buat bola sepak Indonesia.

Menerusi laporan baharu dikeluarkan oleh Bola.com, Sang Garuda bakal memperkenalkan dua lagi pemain warisan untuk aksi terdekat iaitu Ole Romeny serta Jairo Riedewald bagi menghadapi Australia dan Bahrain.

Selain itu, pasukan tersebut juga dilaporkan bakal memperkenalkan lagi enam pemain warisan dari serata negara yang memiliki pertalian darah bersama Indonesia tidak lama sahaja lagi.

Berikut merupakan beberapa nama calon pemain warisan Indonesia yang dijangka bakal diperkenalkan mereka untuk memperkukuhkan pasukan itu nanti.

Luca Everink

Pemain berusia 23 tahun itu kini beraksi di Belanda bersama Go Ahead Eagles dengan beraksi selaku pertahanan kanan.

Pada usia masih muda, Everink tampil dengan aksi cukup menyakinkan serta dianggap mampu untuk menaikkan lagi kualiti pertahanan Indonesia di pentas antarabangsa.

Sebelum itu, beliau sendiri juga sudah memberi bayangan kepada peminat Sang Garuda untuk seolah mewakili pasukan tersebut tidak lama sahaja lagi dan dikatakan Everink memiliki pertalian darah menerusi bapanya.

Tommy St. Jago

Pertahanan tengah yang dikatakan memiliki kekuatan fizikal cukup baik dan berkemungkinan bakal membentuk gandingan bersama Jay Idzes untuk skuad kebangsaan Indonesia.

Pada usia 25 tahun, Tommy sudah beraksi sebanyak 19 perlawanan musim ini bersama Willem II di saingan utama, Eredivisi yang merupakan kejohanan tertinggi Belanda.

Tommy antara pemain yang meluahkan hasrat dan menyimpan keinginan cukup tinggi untuk mewakili Indonesia dan mengakuinya menerusi media sosial Instagram.

Million Manhoef

Manhoef kini aktif beraksi di England bersama Stoke City dan dilaporkan beliau juga memiliki pertalian darah bersama Indonesia untuk mewakili pasukan kebangsaan tersebut.

Sebelum menyertai Stoke City, Manhoef mempunyai catatan cukup positif bersama Vitesse menerusi 15 gol diraih beliau daripada 77 perlawanan diharungi.

Beraksi di posisi sayap, Manhoef berminat untuk mewakili Indonesia selepas melihat pengaruh yang mampu dibawa oleh Kluivert di posisi kejurulatihan.

Selain itu, tiga lagi nama pemain yang dijangka bakal menyertai Indonesia ialah Ilias Alhaft, Emil Audero, serta Daniel Klein dan semua ini masih belum ada pengesahan secara rasmi oleh Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI).

Sumber:
Bola.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN