Sabah akhirnya mengesahkan diri ke pusingan separuh akhir Piala Malaysia 2022, setelah terpaksa berhempas pulas di laman sendiri untuk mengetepikan cabaran Kuching City dengan keputusan agregat 2-1.
Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Likas itu, kedua pasukan jelas saling memberi cabaran sengit antara satu sama lain untuk mendapatkan gol sejak awal wisel perlawanan bermula.
KEPUTUSAN SEPARUH MASA TAMBAHAN PERTAMA – PM QF2#PialaMalaysia2022 pic.twitter.com/7Po6LtEq1Q
— Malaysian Football League (@MFL_MY) November 11, 2022
Jaringan pada masa tambahan daripada Taiki Kagayama berjaya menutup impian pasukan pelawat yang sebelum itu mendahului menerusi jaringan sendiri pemain Sabah, Ummareng Bachok.
Pada awal permainan, kedua pasukan jelas dilihat berhati-hati dalam menyusun gerakan, apabila bola jelas lebih banyak berlegar di tengah padang.
Abu Kamara hampir membuka jaringan awal buat Kuching City pada minit ke-4, setelah penyerang tersebut mempunyai ruang untuk melepaskan satu tandukan padu sebelum diselamatkan Damien Lim selaku penjaga gol Sabah.
Dengan keadaan padang yang agak becak, kedua pasukan jelas agak sukar untuk mengawal bola serta mengagak ketepatan hantaran pada awal lima minit permainan berlangsung.
Selepas 10 minit perlawanan berlangsung, pelawat jelas lebih mendominasi serangan menerusi beberapa percubaan berbahaya dicipta.
Sabah pula, mereka berhasil untuk menguasai permainan dengan lebih baik berbanding pelawat, namun mereka gagal untuk melepasi benteng pertahanan Kuching City yang lebih berdisiplin bagi mencipta peluang lebih baik.
Peluang keemasan untuk Sabah mendahului berjaya dihalang dengan baik oleh Shaiful Wazizi, setelah tandukan kencang daripada Baddrol Bakhtiar pada minit ke-16, ditepis keluar penjaga gol tersebut.
Intensiti permainan jelas semakin meningkat selepas 30 minit aksi berlangsung, dengan kedua pasukn saling mencipta peluang untuk memburu gol pendahuluan perlawanan.
Bersambung di separuh masa kedua, masih lagi tiada yang terhasil setelah kedua pasukan jelas masih buntu untuk mencipta peluang lebih baik untuk mendapatkan gol.
Dua percubaan tepat jarak jauh Kuching City berjaya dinafikan dengan baik oleh Damien Lim dalam usaha pelawat untuk mendapatkan gol pembukaan permainan pada minit ke-60.
84’ GOL | Kuching City memecahkan kebuntuan di Stadium Likas menerusi jaringan gol sendiri Ummareng Bacok.@SabahFCofficial 0-1 @OfficialKCFC#TMPialaMalaysia2022 pic.twitter.com/7sP2jguqjn
— Malaysian Football League (@MFL_MY) November 11, 2022
Akhirnya pelawat berjaya mendapat gol yang dicari pada minit ke-83 menerusi jaringan sendiri pemain Sabah yang tidak sengaja menepis bola ke dalam gawang gol.
Perlawanan terpaksa diheret sehingga ke masa tambahan setelah secara agregat kedu pasukan ini saling terikat 1-1.
Sabah akhirnya kembali mendahului secara agregat 2-1 pada minit ke-94 menerusi tandukan kencang daripada Taiki Kagayama hasil hantaran cantik daripada Saddil Ramdani.
94’ GOL | Taiki Kagayama menjaringkan gol penyamaan dan meletakkan Sabah FC di depan secara agregat!@sabahfcofficial 1-1 @officialkcfc#TMPialaMalaysia2022 pic.twitter.com/xGy8ocrNdc
— Malaysian Football League (@MFL_MY) November 11, 2022
Keputusan penuh kekal dengan Sabah menjadi pasukan kedua yang melayakkan diri ke pusingan separuh akhir Piala Malaysia selepas Johor Darul Ta’zim (JDT).
Kesebelasan utama
Sabah: Damien Chien Khai Lim (Penjaga gol), Rawilson Batuil, Baddrol Bakhtiar (Kapten), Muhammad Farhan Roslan, Taiki Kagayama, Alto Linus, Mohd Rizal Mohd Ghazali, Stuart John Wilkin, Dominic Jun Jin Tan, Mohd Irfan Fazail, Azhad Harraz Arman
Kuching City: Shaiful Wazizi Mohammad (Penjaga gol), Jimmy Raymond, Aylton Ferreira Ananias, Abu Kamara, Muhammad Adam Shreen Tambi (Kapten), Mohammad Hidhir Idris, Rames Lai Ban Huat, Amir Amri Salleh, Wan Mohammad Faiz Wan Sulaiman, Mohamad Alif Hassan, Yuki Tanigawa