Selangor menjadi pasukan seterusnya yang melayakkan diri ke pusingan separuh akhir Piala Malaysia, setelah mereka mencatat kemenangan 4-2 secara agregat untuk mengatasi Negeri Sembilan.
Beraksi di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, pasukan tuan rumah jelas tampil berbeza untuk bangkit sebanyak dua kali dari ketinggalan dengan mengikat Selangor sehingga wisel penamat dibunyikan.
KEPUTUSAN MASA PENUH – PM QF2
Selangor FC dan Terengganu FC meneruskan perjuangan mereka ke peringkat separuh akhir!#TMPialaMalaysia2022 pic.twitter.com/94MRecAeqG
— Malaysian Football League (@MFL_MY) November 12, 2022
Negeri Sembilan terpaksa menerima hakikat akan keputusan tersebut, meskipun ada kebangkitan yang cuba dibuat menerusi jaringan Matheus Alves dan Zaquan Adha Abdul Radzak.
Sebaik sahaja wisel permulaan dibunyikan oleh pengadil, Selangor tidak mengambil masa yang lama untuk terus menguasai permainan menerusi hantaran-hantaran pendek pantas yang dibuat sesama pemain.
Pasukan tuan rumah, Negeri Sembilan dilihat agak bergelut untuk cepat menyesuaikan diri, apabila banyak pergerakan cuba dicipta mereka tidak menjadi serta dihalang oleh pelawat pada awal lima minit perlawanan berlangsung.
Selangor melepaskan peluang terbaik mereka untuk memperoleh jaringan pembukaan perlawanan, setelah umpanan cantik daripada Herlison Caion gagal disudahkan oleh Norhakim Hassan pada minit ke-8.
Selang dua minit kemudian, Caion tidak melepaskan peluang untuk membuka jaringan pertama buat Selangor, apabila penyerang import itu mendapat hantaran cantik daripada Hein Htet Aung untuk menewaskan Syihan Hazmi.
10’ GOL | Caion meletakkan Selangor FC di hadapan!@nsfc1923 0-1 @selangorfc #TMPialaMalaysia2022 pic.twitter.com/WUmptSCqyn
— Malaysian Football League (@MFL_MY) November 12, 2022
Tuan rumah jelas mempunyai masalah di posisi pertahanan mereka, setelah beberapa kali begitu mudah diatasi oleh barisan serangan Selangor.
Negeri Sembilan akhirnya mempunyai satu peluang terbaik mereka menerusi Zaquan Adha pada minit ke-20, namun percubaan deras tersebut sekadar tepat menuju kepada penjaga gol pelawat.
Pada minit ke-23, Negeri Sembilan memperoleh sepakan penalti setelah Quentin Cheng sengaja menjatuhkan Zamri Pin dalam kotak penalti dan ia mudah disudahkan oleh Matheus Alves untuk mengikat kembali Selangor.
25’ GOL | Negeri Sembilan FC berjaya menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti Matheus Alves!@nsfc1923 1-1 @selangorfc #TMPialaMalaysia2022 pic.twitter.com/ROMHeyhjwh
— Malaysian Football League (@MFL_MY) November 12, 2022
Secara agregat, Selangor ketika ini masih lagi selesa setelah keputusan menyaksikan mereka masih lagi mendahului 3-1 berdasarkan rekod perlawanan lalu.
Selangor seolah hilang tumpuan mereka selepas 30 minit perlawanan, apabila membenarkan Negeri Sembilan untuk menguasai permainan serta mencipta beberapa peluang berbahaya untuk mendapatkan gol.
Selangor sekali lagi memperoleh jaringan gol kedua mereka pada perlawanan ini menerusi Yazan Al-Arab yang melepaskan satu rembatan deras dari luar kotak penalti pada minit ke-43.
45+3’ GOL | Negeri Sembilan FC menyamakan kedudukan sekali lagi, hasil jaringan Zaquan Adha!@nsfc1923 2-2 @selangorfc #TMPialaMalaysia2022 pic.twitter.com/3uhPeVfO0u
— Malaysian Football League (@MFL_MY) November 12, 2022
Zaquan Adha enggan memberi laluan mudah buat Selangor, apabila penyerang itu memberi gol penyamaan semasa buat Negeri Sembilan, setelah situasi kelam kabut berlaku dalam petak penalti pelawat.
Pada aksi separuh masa kedua, baik Negeri Sembilan atau Selangor, kedua pasukan ini jelas mempamerkan intensiti permainan yang tinggi dalam usaha masing-masing untuk mendapatkan gol.
45+3’ GOL | Negeri Sembilan FC menyamakan kedudukan sekali lagi, hasil jaringan Zaquan Adha!@nsfc1923 2-2 @selangorfc #TMPialaMalaysia2022 pic.twitter.com/3uhPeVfO0u
— Malaysian Football League (@MFL_MY) November 12, 2022
Keputusan perlawanan kekal dengan Negeri Sembilan sekadar mampu untuk mengikat Selangor dengan keputusan penuh 2-2 di laman sendiri dan secara agregat mereka tewas 4-2.
Kesebelasan utama
Negeri Sembilan: Ahmad Syihan Hazmi Mohamed (Penjaga gol), Che Rashid Che Halim, Annas Rahmat, Mohamad Zaquan Adha Abd Radzak (Kapten), Omid David Nazari, Matheus Alves Leandro, Selvan Anbualagan, Nasrullah Haniff Johan, Ahmad Khuzaimi Piee, Mohamad Zamri Pin Ramli, Mohamad Izzuddin Mohd Roslan
Selangor: Mohd Khairulazhan Mohd Khalid (Penjaga gol), Quentin Jiun Ho Cheng, Yazan Mousa Mahmoud Al-Arab, Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi, Mohd Nor Hakim Hassan, Herlison Caion de Souza Ferreira, Muhammad Fazly Mazlan, Alexander Agyarkwa Ameyaw, Hein Htet Aung, Sharul Nazeem Zulpakar, Brendan Seng Ling Gan (Kapten)