Apa Yang Mungkin Diakite Maksudkan Dengan Ciapannya?

Pape Diakite ciapannya Twitter Terengganu 2022

Tonggak pertahanan Terengganu, Pape Diakite telah membuat ciapannya di Twitter dengan kata-kata yang mungkin memberi bayangan sesuatu.

Biarpun cemerlang untuk saingan musim 2022, Terengganu dilihat saat ini berkemungkinan bakal melalui rombakan untuk kempen musim depan.

Ini berikutan isu kontrak pengendali, Nafuzi Zain yang dikatakan agak lewat ditawarkan selain pemain seperti Faisal Halim yang telah dikhabarkan bakal meninggalkan pasukan. Jika Nafuzi tidak bersama pasukan, kita akan dapat menjangkakan yang perubahan barisan pemain juga bakal berlaku nanti.

Buat masa ini, Nafuzi masih mendiamkan diri mengenai isu kontraknya dan begitu juga Faisal yang turut meluahkan menyatakan kekecewaannya.

Lupakan Dulu Soal Kontrak, Nafuzi Yakin Potensi TFC Melangkah Jauh Di Piala AFC

Ia bermula dengan kenyataan pemain sayap berusia 24 tahun itu yang mengatakan beliau kecewa atas kelewatan ditawarkan kontrak baharu. Bercakap kepada HarimauMalaya.com, Faisal berkata, “Takkan sebulan sebelum tamat kontrak baru nak buat keputusan, itu tak masuk akal.

Beliau seperti memberi gambaran yang mungkin ini musim terakhirnya di Kuala Terengganu apabila berkata yang beliau akan merindui penyokong. Ia seperti mengucapkan selamat tinggal lebih awal daripada sepatutnya, di mana saingan Piala Malaysia baru sahaja bermula pada minggu lalu.

Tonggak di benteng, Diakite pula membuat ciapan yang penuh misteri.

Pasti akan merindui gurauan 2022 #WakandaForever“, ciap bek tengah berusia 29 tahun itu dalam perkongsian bergambar dengan imejnya bersama empat tonggak import Sang Penyu iaitu Kpah Sherman, Kipre Tchetche, Habib Haroon dan Petrus Shetembi. Apa cuba disampaikan?

Adakah dikalangan pemain di dalam gambar ini akan meninggalkan pasukan musim depan? Atau pemain yang menggunakan frasa tersebut kepada mereka yang akan tinggalkan pasukan? Semua mungkin dapat mengagak mengapa frasa tersebut digunakan kepada mereka.

Wakanda Forever merupakan sekuel filem adiwira Black Panther yang dihasilkan oleh Marvel Studios dan diedarkan oleh Walt Disney Studios Motion Pictures dan mula ditayangkan di pawagam-pawagam tanah air pada 10 November. Wakanda adalah negara yang ditadbir Black Panther.

Mungkin Wakanda baginya bermaksud Terengganu, tempat mereka semua beraksi pada musim ini. Dan frasa ini mungkin digunakan seseorang kepada mereka disebabkan mereka seperti watak-watak dalam filem tersebut. Siapakah pemain yang gemar bergurau dalam pasukan Terengganu?

@faisalhalimmickey7

♬ Original sound – M0M Shop

Mungkin ramai menjangkakan ia datang daripada Faisal yang gemar bergurau bersama rakan-rakan sepasukan. Adakah Diakite memberi bayangan akan merindui jenaka Faisal? Hanya beliau yang tahu apa yang cuba disampaikan menerusi ciapannya tersebut. Ia akan kekal misteri.

Hanya dua kemungkinan, barisan pemain import akan tinggalkan pasukan dan beliau pasti akan merindui suasana di sana atau rakan sepasukan yang gemar menggunakan frasa Wakanda Forever kepada mereka akan angkat kaki meninggalkan bumi Terengganu musim depan. Pendapat anda?

Diakite merupakan pemain yang gemar berkongsi di Twitter dan antara yang pernah menarik perhatian ramai adalah apabila beliau meluahkan rasa marahnya terhadap tempat penginapan mereka ketika turun beraksi di Kuantan berdepan Sri Pahang untuk pusingan 16 terbaik Piala Malaysia.

Malam ini, Terengganu akan turun berdepan KL City dalam aksi suku akhir kedua selepas hanya membawa bekalan tipis 0-1 dari Lembah Klang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN