Piala Malaysia: Perak TBG Gagal Manfaat Peluang Aksi Di Tempat Sendiri

Perak TBG gagal memanfaatkan peluang di tempat sendiri apabila diikat tanpa jaringan oleh PKNS FC di Stadium Perak FA dalam saingan peringkat suku akhir pertama Piala Malaysia pada malam tadi.

Keputusan berkenaan juga bermakna Perak gagal mencari kelebihan sebelum bertandang ke Stadium Shah Alam untuk perlawanan timbal balik pada 30 September hadapan.

Perlawanan pada malam tadi menyaksikan PKNS FC bermula dengan garang apabila mencipta peluang pertama untuk berada di hadapan seawal minit ke-2 perlawanan.

Foto: Malaysia Football League (MFL)

Namun demikian sepakan percuma yang diambil oleh Nurridzuan Abuh Hassan sedikit tersasar dari sasaran, apabila bola menuju ke sebelah kanan gawang pasukan Perak.

Datuk K. Rajagopal jelas lebih bersedia untuk berhadapan dengan ancaman pasukan Perak, apabila pemain-pemain pertahanan skuad Semut Merah berjaya merantai gerakan penyerang utama The Bos Gaurus, Gilmar Da Silva sepanjang perlawanan.

Ini memaksa Perak menggunakan Mohd Nor Hakin dan Mohd Firdaus Saiyadi untuk mengancam kubu PKNS FC, namun gagal menemui jaringan yang dikehendaki.

Foto: Malaysia Football League (MFL)

Peluang terbaik pasukan tuan rumah hadir pada minit ke-20 perlawanan melalui Brendan Gan, namun percubaan pemain tersebut tinggi selepas menerima hantaran lintang Gilmar.

Skuad kendalian Mehmet Durokovic terus buntu memecah benteng pertahanan pasukan pelawat, walaupun menguasai perlawanan di babak kedua.

Seorang lagi pemain import Perak, Wander Luiz turut berpeluang meletakkan pasukannya di hadapan, namun percubaan pemain tersebut melalui tandukan berjaya dinafikan oleh Muhammad Zarif Irfan pada minit ke-55 perlawanan.

Foto: Malaysia Football League (MFL)

Minit ke-63 perlawanan menyaksikan giliran Leandro Dos Santos terus mengecewakan Perak TBG apabila percubaan beliau dinafikan palang gol.

Keputusan terus kekal 0-0 sehingga wisel penamat, dan ini bermakna kedua-dua pasukan terpaksa menanti perlawanan pada Ahad hadapan untuk menentukan siapa yang lebih layak untuk mara ke saingan separuh akhir Piala Malaysia 2018.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN