Mourinho Nafi Krisis, Tetap Lucut Jawatan Kapten Paul Pogba

Pengurus Manchester United, Jose Mourinho berkata beliau tidak mempunyai sebarang masalah dengan Paul Pogba walaupun setelah memutuskan tidak akan memberi lilitan kapten kepada pemain tersebut di dalam pasukannya.

Mourinho dikatakan melucutkan Paul Pogba sebagai pembantu kapten Manchester United semalam, dan media di Britain melaporkan ianya adalah berkaitan dengan sikap pemain itu.

(Photo credit should read LINDSEY PARNABY/AFP/Getty Images)

“Satu-satu nya perkara yang benar ialah saya tidak akan menjadikan Pogba sebagai kapten pasukan. Tetapi tiada krisis di antara kami, tidak ada masalah,” ujar Mourinho.

“Saya adalah pengurus pasukan ini, dan saya berhak membuat keputusan.

“Tidak ada salah faham. Ia adalah keputusan yang saya tidak perlu jelaskan kepada umum,” ujar Mourinho kepada Sky Sports.

Pogba dilaporkan telah dimaklumkan mengenai perkara tersebut sebelum kekalahan Manchester United dalam pertandingan Piala Carabao kepada Derby County.

(Photo by James Williamson – AMA/Getty Images)

Tindakan Mourinho dipercayai adalah untuk menunjukkan kuasa beliau sebagai pengurus, terutama selepas kesilapan Pogba yang terlepas bola yang mengundang gol penyamaan Wolves pada hujung minggu lalu.

Pemain itu turut mengkritik taktikal yang digunakan oleh pasukannya terutama ketika beraksi di Old Trafford, dan berpendapat United sepatutnya tampil dengan corak permainan menyerang.

Pogba bagaimanapun meredakan sedikit khabar angin mengenai persengketaan beliau dengan Mourinho melalui satu kenyataan di akaun Twitter peribadi beliau.

Pogba tidak dinamakan di dalam skuad menentang Derby, dan Ashley Young dinamakan kapten pasukan dalam perlawanan pada awal pagi tadi.

(Photo credit should read PAUL ELLIS/AFP/Getty Images)

Namun Mourinho mengesahkan pemain antarabangsa Perancis itu direhatkan selepas mengharungi terlalu banyak perlawanan.

“Mereka direhatkan. Saya merehatkan Luke Shaw, Paul Pogba, Victor Lindelof, Antonio Valencia dan David de Gea.

“Pogba beraksi di dalam setiap perlawanan melibatkan Manchester United dalam semua pertandingan sebelum ini.

Manchester United akan berhadapan dengan West Ham pada penghujung minggu ini, dan ia adalah satu perkara yang ditunggu-tunggu sama ada pemain tersebut akan membarisi kesebelasan utama Mourinho.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN