Piala Malaysia: Nidzam Adzha Harap Pemain Utama Pulih Sebelum Saingan Bermula

Pasukan Kedah kini jelas mengalami masalah apabila mereka dihimpit dengan pelbagai kecederaan melibatkan para pemain utama mereka.

Kini menjelang saingan unifi Piala Malaysia, Kedah mengharapkan sesuatu yang lebih baik tiba buat mereka sebelum saingan bermula.

Menurut laman MStar, jurulatih Kedah iaitu Nidzam Adzha berharap agar para pemain utama beliau berjaya untuk pulih dari kecederaan sebelum saingan Piala Malaysia bermula.

Kata beliau, pasukannya jelas terkesan hasil dari krisis kecederaan yang dialami Kedah sehingga menyebabkan prestasi pasukan menurun.

“Memang kami akui pada lima perlawanan terakhir unifi Liga Super prestasi pasukan terjejas kerana ramai pemain cedera dan sukar bagi kami untuk mencapai kemenangan.”

Kedah jelas mengalami masalah untuk memberikan hasil yang terbaik setiap kali perlawanan berlangsung kerana pemain-pemain utama seperti Liridon Krasniqi, Baddrol Bakhtiar dan Andik Vermansah.

Selain mereka bertiga, Kedah juga tempang dengan ketiadaan penjaga gol utama iaitu Ifwat Akmal, Ariff Farhan dan juga Paulo Rangel.

Menurut Nidzam, pemain yang paling hampir untuk pulih dari kecederaan adalah Liridon dengan beliau dijangka akan pulih sepenuhnya pada 1 Ogos ini.

“Liridon Krasniqi ada berjanji akan pulang dari luar negara dalam keadaan pulih pada 1 Ogos ini dan berharap beliau dapat membantu menaikkan semangat pasukan dan membantu dari segi corak permainan.”

Kedah menamatkan saingan unifi Liga Super di tangga ke-6.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN