Johor Darul Ta’zim (JDT) semakin hampir untuk mengesahkan diri mereka ke final Piala Malaysia 2022 dengan segalanya bakal terjawab pada malam ini.
Aksi kedua separuh akhir Piala Malaysia ini bakal menjadi perhitungan terakhir antara JDT dan Sabah untuk menentukan siapa bakal mara ke final untuk menggenggam trofi terakhir domestik musim 2022.
It's matchday!
⚽ JDT vs SABAH
🏆 TM Piala Malaysia 2022
🏟 Sultan Ibrahim Stadium, Iskandar Puteri
🕘 20:15#JDTvSAB#TMPialaMalaysia2022#LuaskanKuasamuJohor#JDTforAll pic.twitter.com/f6UbPv2nhO— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) November 20, 2022
Peluang lebih terarah kepada skuad kendalian Hector Bidoglio ketika ini, apabila mereka telah pun mempunyai bekalan satu gol ketika beraksi di Likas sebelum itu.
Sabah pula bakal menghadapi cabaran yang agak sukar, setelah tiada bekalan gol yang dibawa mereka serta beraksi di gelanggang keramat lawan iaitu Stadium Sultan Ibrahim (SSI).
Beraksi di hadapan ribuan penyokong lawan sebelum ini menyaksikan Sabah tumbang ketika aksi terakhir Liga Super yang menyaksikan JDT mengangkat trofi kejuaraan tersebut di laman sendiri.
Walaupun begitu, pasukan kendalian Datuk Ong Kim Swee masih berpeluang untuk melakar kejutan, sekiranya mereka dapat mempamerkan aksi lebih berdisiplin pada malam ini.
Berikut merupakan tiga pemain tumpuan yang dijangka bakal mempamerkan sesuatu impak positif buat pasukan masing-masing untuk membantu kelab diwakili mara ke pentas final Piala Malaysia.
Bergson da Silva (JDT)
Penggempur utama JDT ini gagal meledak sebarang gol ketika aksi sebelum itu di Likas selain turut melepaskan peluang untuk menyempurnakan penalti.
35’ GOL | Bergson menggandakan kelebihan JDT menerusi sepakan percuma!
@OfficialJohor 2-0 @kelantanfc_trw #TMPialaMalaysia2022 pic.twitter.com/HAEtBD16Hx
— Malaysian Football League (@MFL_MY) November 11, 2022
Walaupun begitu, Bergson tetap dianggap sebagai ancaman utama buat Sabah setelah beberapa gerakan beliau pada aksi lalu dianggap cukup berbahaya dan sukar dikekang oleh pertahanan lawan.
Selain terkenal dengan ketajaman beliau di hadapan gol, Bergson juga mempunyai kualiti dari segi kawalan bola dan bijak melepaskan diri daripada kawalan pemain lawan untuk mencipta sesuatu.
Arif Aiman Hanapi (JDT)
Penjaring tunggal pada perlawanan lalu ini sememangnya berada dalam kelas tersendiri untuk memberi impak positif di posisi serangan JDT.
Tampil dengan aksi yang cukup lincah, gerakan Arif seringkali memberi kesukaran buat mana-mana pertahanan lawan untuk menghentikan gerakannya.
34' GOL | Arif Aiman Hanapi melepaskan rembatan kaki kiri dari luar kotak penalti untuk gol pembukaan di Kota Kinabalu!@SabahFCofficial 0-1 @OfficialJohor #TMPialaMalaysia2022 pic.twitter.com/NVDphuYmsf
— Malaysian Football League (@MFL_MY) November 15, 2022
Arif juga mempunyai satu lagi kelebihan yang cukup berbahaya iaitu kualiti rembatannya yang cukup tajam dari luar kotak penalti serta pakar mengambil sepakan bebas.
Saddil Ramdani (Sabah)
Sabah pada perlawanan lalu tidak begitu aktif untuk mencipta serangan dan memberi banyak ancaman buat pertahanan JDT sepanjang 90 minit permainan berlangsung.
Namun, sesekali mereka mendapat ruang serangan balas, ianya jelas sangat berbahaya dan ia kerap dicetuskan oleh pemain import lincah, iaitu Saddil Ramdani.
85' GOL | Tuan rumah berjaya menyamakan kedudukan sekali lagi, menerusi sepakan percuma Saddil Ramdani!@SabahFCofficial 2-2 @KLCityFootball #LigaSuper2022 pic.twitter.com/YtIXCVsLBn
— Malaysian Football League (@MFL_MY) September 1, 2022
Saddil boleh dianggap sebagai salah seorang pemain import paling bernilai buat Sabah musim ini dengan kualiti permainan diberikan beliau sangat positif.
Malah, pemain ini juga menjadi punca kenapa pertahanan muda JDT iaitu Feroz Baharudin dilayangkan kad kuning kedua perlawanan kerana menjatuhkan Saddil yang ketika itu membuat larian deras dalam situasi serangan balas.