Piala Malaysia: Ledakan Leandro Beri JDT Kelebihan Dalam Aksi Terakhir Di Larkin

Aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia melibatkan JDT dan Selangor di Larkin menjadi tumpuan.

Ini merupakan aksi terakhir JDT di Larkin. Kerana musim hadapan mereka akan bermain di stadium baharu.

Kedua dua pasukan menurunkan skuad terbaik dalam perlawanan ini.

 

Selangor diancam oleh serangan JDT pada minit ke-9, apabila Khairul Azhan gagal menampan bola kemas. Dan diikuti percubaan Syafiq Ahmad yang sedikit tersasar.

Pada minit ke-14, JDT di hadapan menerusi Syafiq Ahmad selepas Khairul Azhan tidak kemas dalam usaha mahu melakukan sweeping.

Namun pendahuluan itu hanya bertahan 2 minit. Selangor menyamakan kedudukan menerusi Ifedayo selepas beliau diberikan ruang terlalu besar dalam kotak penalti.

Kedua dua pasukan kemudian agak seimbang dan bergelut untuk mencipta peluang gol.

Pada minit ke-31, Afiq Fazail melakukan percubaan luar kotak penalti. Namun berjaya ditepis oleh Khairul Azhan.

Safawi Rasid dan Syafiq Ahmad memiliki peluang gol, namun gagal menyempurnakannya. Selangor lebih banyak menyerap tekanan dan cuba menyerang balas pasukan JDT.

B. Sathianathan melakukan pertukaran awal memasukkan K Prabakaran dan mengeluarkan Fandi Othman.

Pada minit ke-43, Syahmi Safari berjaya memperdaya 2 pertahanan lawan dan memintas masuk, beliau melakukan percubaan yang tepat ke arah Farizal Marlias.

Separuh masa pertama tamat 1-1.

Bersambung babak kedua, JDT tidak menunggu lama apabila Leandro terus meletakkan pasukan tuan rumah kembali di hadapan pada minit ke-49.

Pada minit ke-85, bek kiri JDT, Corbin Ong melakukan gerakan solo cantik, dan melepaskan rembatan deras. Namun ianya gagal menerjah gawang – berjaya ditepis oleh Khairul Azhan.

Perlawanan tamat dengan kemenangan memihak JDT, 2-1. Selangor berjaya membawa 1 gol tempat lawan dan JDT berjaya membawa bekalan tipis 1 gol.

Perhitungan di Shah Alam pastinya menarik dengan margin kemenangan yang tipis serta adanya gol di tempat lawan dibawa Selangor.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN