SCL2019: Gol FK Azidan Sarudin Bantu Kingstown Klang FC Raih Kemenangan

Azidan

Jaringan tunggal Azidan Sarudin kembali meletakkan Kingstown Klang FC di landasan kemenangan selepas menundukkan Cyberjaya Teleflow FC 1-0 pada aksi minggu keempat kumpulan A Selangor Champions League 2019 (SCL2019) yang berlangsung di Arena MPSJ, sebentar tadi.

Cyberjaya Teleflow FC bagaimanapun lebih banyak mencipta peluang terbaik pada perlawanan ini terutamanya menerusi Zakwan Zamri.

Kepantasan pemain sayap kiri itu jelas menjadi ancaman buat pertahanan Kingstown Klang FC apabila larian deras pada minit ke-30 menghadirkan peluang terbaik buatnya.

Namun, rembatan kaki kiri diledakkan Zakwan berjaya dinafikan penjaga gol, Muhammad Izzudin.

Izzudin terus menjadi antara watak utama buat Kingstown Klang setelah beliau bertindak tangkas menggagalkan dua percubaan dilepaskan  Azhar Hassan dan Zakwan pada minit ke-31 dan 44.

Langkah pengendali pasukan, Rudie Ramli  memasukkan Abdul Manaf Mamat bagi menggantikan Mohd Aidil Abdul Aziz nyata memberikan kesan buat Kingstown Klang dalam menghadirkan ancaman ke kubu Cyberjaya Teleflow FC.

Jaringan yang dinantikan akhirnya menjelma pada minit ke-61 apabila Azidan Sarudin meledakkan rembatan padu susulan sepakan percuma untuk jaringan pembukaan sekaligus turut menghadiahkan tiga mata penuh buat Kingstown Klang FC.

Gol tersebut bukan sahaja memberikan kekalahan sulung buat Cyberjaya Teleflow FC malah ia turut merupakan pertama kali gawang skuad bimbingan Badrul Hisham itu dibolosi.

Pemain terbaik perlawanan: Azidan Sarudin (Kingstown Klang FC)

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN