Piala Malaysia: Kelantan Pernah Noktahkan Kempen JDT, Sejarah Mungkin Berulang?

Piala Malaysia Kelantan 2013

Malam ini, suku akhir pertama Piala Malaysia 2022 akan menemukan JDT dan Kelantan, seperti mana pertembungan dalam edisi 2013 yang lalu.

Dalam pertembungan kira-kira sembilan tahun lalu itu, Johor Darul Ta’zim (JDT) telah disingkir Kelantan yang ketika itu dibimbing pengendali KL City FC kini, Bojan Hodak dengan agregat 8-5. Ia satu keputusan yang besar.

Malah ia antara kekalahan terbesar JDT yang pasti dikenang hingga kini.

JDT saat itu dalam tahun pertama ‘rebranding’ mereka sejak diambil alih oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ) dan memiliki barisan pemain bintang.

Siapa yang membarisi skuad ampuh JDT pada musim pertama tersebut?

Mereka memiliki kembar sensasi negara, Aidil Zafuan dan Zaquan Adha, Norshahrul Idlan Talaha, Safee Sali, Muslim Ahmad dan Safiq Rahim.

Menariknya, JDT telah memancing dua tonggak Kelantan yang memberikan mereka kejuaraan treble pada musim 2012, Norshahrul dan Nurul Azwan Roya. Malah, Norshahrul atau Matyo turut meledak gol ketika Kelantan dibenam JDT 2-4 dalam aksi suku akhir pertama di Stadium Larkin.

Selain Matyo, gol-gol JDT diledak Jasazrin Jamaludin, Safiq Rahim dan Leonel Nunez. Indra Putra Mahayuddin dan Obinna Nwaneri buat Kelantan.

Bagi Kelantan yang melalui musim gemilang pada tahun sebelumnya, ditumbangkan JDT yang dianggap gergasi baharu adalah sesuatu yang tidak boleh diterima oleh penyokong. Mereka masih belum puas mengecapi deretan kejayaan yang telah diraih dalam beberapa tahun kebelakangan itu.

Malah, sebelum itu, pada bulan Jun, masih segar di kotak fikiran mereka bagaimana skuad mereka menewaskan JDT di pentas final Piala FA, 0-1.

Piala FA itu merupakan kejuaraan terakhir yang dirasai mereka hingga kini.

Stadium Sultan Muhammad Ke-IV telah menjadi saksi amukan Kelantan.

Apa yang telah dilakukan Bojan Hodak untuk aksi timbal balik selepas itu?

Mereka meledak enam gol untuk membenam terus JDT dan menghantar mereka pulang ke Johor dengan penuh kekecewaan. ‘The Red Warriors’ menang 6-1 dan mara ke separuh akhir dengan agregat 8-5. Namun mereka tetap gagal menjulang trofi Piala Malaysia apabila tewas di pentas final.

Dua gol telah dijaringkan Norfarhan Muhammad, Badhri Radzi, Dickson Nwakaeme dan dua penjaring di aksi pertama, Obinna Nwaneri dan Indra Putra. Hanya Safee berjaya memberikan JDT jaringan saguhati untuk JDT di laman lawan itu. JDT tiada jawapan langsung kepada amukan TRW di sana.

Ia sentiasa akan dikenang sebagai kemenangan terbaik Kelantan ke atas JDT dan merupakan igauan kekalahan terburuk JDT hingga ke saat ini.

Adakah pertembungan malam ini akan menyaksikan sejarah berulang? Sejarah mampu diulang, namun dengan kekuatan JDT pada saat ini, adakah Kelantan mampu menidakkan langkah JDT di Piala Malaysia lebih awal?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN