Piala Malaysia: JDT Mudah ‘Ratah’ Kelantan Untuk Ke Separuh Akhir

Seperti dijangka, Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak menghadapi masalah besar untuk mencatat kemenangan selesa ke atas Kelantan dalam perlawanan kedua suku akhir Piala Malaysia.

Bermain di Stadium Sultan Ibrahim, JDT jadikan Kelantan seperti pasukan latihan apabila mencatat kemenangan besar 5-0 dan menang menerusi agregat 8-0 dalam perlawanan tersebut.

Sebaik permainan dimulakan, anak buah Hector Bidoglio terus menekan barisan pertahanan lawan mereka dengan gerakan pantas dari kiri dan kanan.

JDT berpeluang untuk membuka tirai pada minit ke-9 namun hantaran lintang dari Matthew Davies hanya melintasi depan gol Kelantan.

JDT yang bermain di halaman sendiri ternyata berada di kelas tersendiri apabila menguasai penuh permainan malam ini.

Skuad bimbingan Rezal Zambery Yahya  kelihatan sukar untuk bermain dengan corak permainan mereka dan ruang serta peluang juga tidak dapat digunakan sebaik mungkin dalam perlawanan ini.

Di awal permainan, JDT sudah mempunyai beberapa peluang terbaik untuk membuka tirai jaringan namun beberapa percubaan itu tersasar dan berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Kelantan, Solehin Mamat.

Penjaring terbanyak JDT, Bergson da Silva memulakan pesta jaringan dalam perlawanan ini pada minit ke-12 untuk mendahului 1-0 di hadapan.

Harimau Selatan bermain dengan intensiti tinggi tanpa memberi ruang kepada pemain Kelantan memegang bola begitu lama menyebab mereka sukar untuk merencanakan strategik ke kubu lawan.

Pada minit ke-20, Kelantan hampir menyamakan kedudukan menerusi gerakan cantik dari bawah namun percubaan Felipe Hereda berjaya diselamatkan oleh penjaga gol JDT.

Bergson terus membutkikan ketajaman beliau apabila kali ini menerusi sepakan percuma terus memerjah jaring  pada minit ke-34 dan penjaga gol Kelantan, Solehin seperti terpaku tanpa bergerak.

 

Selang beberapa minit kemudian, Bergson terus mengganas untuk meledak hatrik dalam perlawanan ini dan selesa mendahului 6-0 secara agregat.

Kali ini pemain pertahanan kanan, Syahmi Safari pula memastikan nama beliau juga tercatat selaku penjaring apabila melakukan satu percubaan cantik dari luar kotak untuk gol keempat dalam perlawanan ini pada minit ke-40.

Kelemahan pertahanan Kelantan terus dihukum apabila kali ini Nazmi Faiz pula menambah derita pasukan pelawat untuk terus berpesta jaringan.

Bagai dendam yang ditahan sekian lama dapat dilihat dalam perlawanan ini apabila mereka terus menerus menyerang untuk mendapatkan gol sebanyak mungkin.

Untuk permulaan separuh masa kedua, Rezal melakukan beberapa pertukaran untuk mengimbangi perlawanan termasuk melakukan memasukan penjaga gol, Nik Amin untuk menghalang JDT terus bepresta jaringan.

Pertukaran ini ternyata memberi suntikan baharu buat pasukan Kelantan apabila dapat menampilkan permainan lebih baik dari separuh masa pertama.

Sementara JDT pula mengendurkan sedikit serangan mereka dan lebih banyak melakukan hantaran pendek sesama mereka.

Dengan kelebihan jaringan yang ada, JDT juga melakukan beberapa pertukaran untuk memberi peluang kepada beberapa lain untuk mendapatkan minit permainan dalam perlawanan ini.

JDT mempunyai beberapa peluang untuk menambah gol termasuk menerusi sepakan percuma menerusi Fernando Forestieri namun kesemua percubaan itu sedikit tersasar menyelamatkan pintu gol Kelantan dari terus dibolosi.

Kedudukan 5-0 kekal sehingga wisel penamat dan JDT melangkah dengan bergaya ke separuh akhir. Mereka akan menanti pemenangan antara Sabah atau Kuching untuk membuat menentukan slot ke perlawanan akhir.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN