Piala Malaysia: JDT Berpesta Gol Atasi Perak Untuk Mara Ke Final

Johor Darul Ta’zim (JDT) menepati ramalan ramai untuk menjadi pasukan pertama musim ini melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Malaysia 2023, selepas mereka mudah mengatasi cabaran Perak menerusi keputusan agregat 12-2.

Beraksi di laman sendiri iaitu Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Perak jelas buntu untuk melakukan apa-apa terhadap barisan serangan JDT yang sangat ampuh sebaik sahaja wisel perlawanan dimulakan.

Gol-gol JDT diledak melalui Arif Aiman Hanapi, dua ledakan Bergson da Silva,  dua gol Heberty Fernandes, Fernando Forestieri, serta dua daripada Syafiq Ahmad bagi mengesahkan pasukan tuan rumah mara ke final.

Pasukan pelawat, Perak hanya memperoleh satu gol sahaja menerusi Firdaus Fuad untuk menamatkan malam ngeri mereka di gelanggang pelawat.

JDT hanya memerlukan 12 minit sahaja untuk mendapatkan jaringan sulung mereka di laman sendiri menerusi bintang muda negara, Arif Aiman Hanapi yang bijak menewaskan pertahanan lawan sebelum satu tolakan mudah pemain itu menewaskan penjaga gol Perak.

JDT meneruskan rentak permainan positif mereka untuk menguasai permainan secara keseluruhan selain lawan hanya mempunyai sedikit peluang sahaja mengawal bola di atas padang.

Tanpa kelibat Luciano Guaycochea, Perak jelas memiliki kesukaran untuk mengawal bola dengan lebih baik di bahagian tengah jika dibandingkan pada perlawanan lalu.

Malah, pasukan tersebut lebih banyak menumpukan pergerakan mereka kepada Sunday Afolabi dengan pemain tersebut pula lebih dominan di posisi bertahan.

JDT terus melebarkan rekod jaringan mereka, dengan Bergson tampil dengan satu ledakan yang sangat baik di minit ke-26 untuk terus mengecewakan Farhan Majid.

Pada minit ke-30, Perak terus buntu untuk menghadapi ketajaman tuan rumah selepas giliran Heberty pula tampil meledak gol dan meletakkan JDT selesa sebelum aksi separuh masa pertama ditamatkan.

Bersambung di separuh masa kedua, tidak banyak perubahan dilakukan oleh pasukan pelawat, dengan setiap pergerakan cuba diatur begitu mudah dipatahkan JDT.

Forestieri tampil meledak gol keempat buat JDT bagi memastikan pasukan tuan rumah terus berpesta gol di laman sendiri menerusi satu percubaan cantik pada minit ke-52.

Bergson terus menambah derita buat Perak menerusi jaringan kedua peribadi beliau pada minit ke-59 untuk meletakkan JDT gah 5-0 di hadapan.

Syafiq Ahmad yang masuk selaku pemain gantian berjaya meledak gol keenam buat JDT pada minit ke-61 menerusi satu tandukan kencang beliau di dalam petak penalti.

Syafiq terus memberi impak besar buat serangan JDT, selepas beliau meledak gol kedua peribadi untuk meletakkan tuan rumah 7-0 di hadapan pada minit ke-77.

Heberty menutup malam gemilang buat JDT pada minit ke-90, menerusi satu percubaan deras beliau yang bijak melepas kawalan dua pertahanan Perak.

Perak berjaya memperoleh satu gol mereka pada perlawanan tersebut menerusi jaringan daripada pemain muda mereka iaitu Firdaus sebelum wisel penamat dibunyikan.

Perlawanan kekal tamat dengan akhirnya kemenangan berpihak kepada JDT menerusi keputusan penuh 8-1 dan secara agregat 12² untuk tuan rumah melayakkan diri ke final Piala Malaysia 2023.

Kesebelasan Utama

Johor Darul Ta’zim (JDT): Ahmad Syihan Hazmi Mohamed (Penjaga Gol), Matthew Thomas Davies, Mohd Afiq Fazail, Jordi Amat Maas (Kapten), Nathaniel Shio Hong Wan, Bergson Gustavo Silveira da Silva, Muhamad Feroz Baharudin, Oscar Pasero Arribas, Heberty Fernandes de Andrade, Arif Aiman Mohd Hanapi, Fernando Martin Forestieri

Perak: Muhammad Farhan Abdul Majid (Penjaga Gol), Sunday Kolawole Afolabi, Shivan Pillay Asokan, Wan Zack Haikal Wan Nor (Kapten), Muhamad Afif Asyraf Mohamad Zabawi, Jesper Gunnar Fernando Nyholm, Muhammad Azalinullah Mohamed Alias, Muhammad Faris Izdiham Awang Kechik, Luka Milunovic, Muhammad Aiman Khairul Yusni, Seo Seonung

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN