Piala Malaysia: Jaringan Tunggal Baddrol Bakhtiar Bawa Sabah Raih Kemenangan Atasi Kuching City

Sabah berjaya mencatat kemenangan pertama mereka dalam aksi suku akhir Piala Malaysia 2022, setelah mereka terpaksa berhempas pulas untuk menewaskan Kuching City.

Jaringan tunggal Baddrol Bakhtiar pada separuh masa kedua cukup untuk memberi kemenangan buat Sabah di Stadium Negeri, apabila perlawanan jelas tampak sengit sepanjang 90 minit berlangsung.

Awal permainan menyaksikan kedua pasukan masih lagi cuba menyesuaikan diri dengan rentak permainan agak perlahan dipamerkan.

Kuching City mendapat peluang awal menerusi sepakan percuma pada minit ke-4 setelah pemain serangan mereka dijatuhkan oleh Rizal Ghazali di luar kotak penalti.

Namun sepakan yang diambil oleh Mohamad Alif Hassan sedikit tersasar tinggi untuk memberi kelegaan seketika buat penjaga gol Sabah, Damien Lim.

Alif Hassan sekali lagi mendapat ruang yang cantik untuk mencipta jaringan awal buat Kuching City, namun percubaan beliau pada minit ke-9 berjaya ditepis keluar penjaga gol Sabah untuk menyelamatkan keadaan.

Selepas 10 minit permainan berlangsung, Sabah mula mendapat rentak mereka menerusi dua percubaan yang dilepaskan oleh Taiki Kagayama dan Baddrol Bakhtiar untuk menguji pertahanan tuan rumah.

Sabah hampir membuka jaringan pada minit ke-28 menerusi sepakan penjuru yang diambil Baddrol Bakhtiar, namun penjaga gol tuan rumah berjaya menyelamatkan keadaan sebelum Park Tae-su menyambar hantaran tersebut.

Kelibat penyerang muda Sabah, Azhad Hareaz Arman setakat 30 minit aksi berlangsung kini masih lagi belum meninggalkan impak apabila pemain tersebut mudah dirantai tonggak pertahanan Kuching City iaitu Aylton Alemao.

Bersambung di separuh masa kedua, tidak banyak dapat diperkatakan mengenai kedua pasukan ini, apabila bola lebih banyak berlegar di tengah padang.

Baddrol Bakhtiar akhirnya membuka jaringan awal buat Sabah pada minit ke-69, setelah situasi kelam kabut berlaku di hadapan gawang gol Kuching City.

Kuching City cuba mencipta kebangkitan pada penghujung perlawanan menerusi beberapa percubaan kearah gawang gol Sabah, namun jaringan yang dicari masih belum ditemui.

Perlawanan tamat dengan Sabah berjaya mencatat kemenangan penting mereka di gelanggang lawan menerusi keputusan 1-0 hasil jaringan tunggal Baddrol Bakhtiar.

Kesebelasan utama

Kuching City: Shaiful Wazizi Mohammad (Penjaga gol), Aylton Ferreira Ananias, Abu Kamara, Muhammad Adam Shreen Tambi, Rames Lai Ban Huat, Mohammad Dzulazlan Ibrahim, Rafiezan Razali (Kapten), Mohammad Rafiq Shah Mohammad Zaim, Wan Mohammad Faiz Wan Sulaiman, Mohamad Alif Hassan, Yuki Tanigawa

Sabah: Damien Chien Khai Lim (Penjaga gol), Park Tae-su, Baddrol Bakhtiar (Kapten), Muhammad Farhan Roslan, Taiki Kagayama, Mohd Rizal Mohd Ghazali, Nazirul Naim Che Hashim, Stuart John Wilkin, Dominic Jun Jin Tan, Mohd Irfan Fazail, Azhad Harraz Arman

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN