Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya mengesahkan kemenangan mereka dalam aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia 2022, setelah pasukan tersebut mengatasi Sabah dengan keputusan 1-0.
Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Likas, pelawat berjaya memperoleh jaringan tunggal mereka menerusi bintang muda negara, Arif Aiman Hanapi di separuh masa pertama.
KEPUTUSAN SEPARUH MASA PERTAMA – PM SF1#TMPialaMalaysia2022 pic.twitter.com/JR20aSX9t1
— Malaysian Football League (@MFL_MY) November 15, 2022
Aksi yang berlangsung itu juga jelas agak tegang dengan beberapa keputusan pengadil perlawanan dilihat agak kontroversi termasuk layangan kad merah kepada pemain pasukan pelawat.
Pada awal permainan, Bergson da Silva hampir membuka jaringan awal buat JDT apabila pemain ini berjaya melepaskan satu percubaan jarak jauh tepat sebelum ditepis keluar Damien Lim.
Selepas lima minit perlawanan berlangsung, Sabah akhirnya memperoleh peluang pertama mereka menerusi situasi sepakan bebas di luar kotak penalti.
Namun sepakan yang diambil Saddil Ramdani sekadar terkena benteng pertahanan yang dibina oleh JDT untuk memberi sepakan penjuru buat pasukan tuan rumah.
JDT dilihat mula untuk mendominasi perlawanan selepas 10 minit aksi berlangsung menerusi tekanan-tekanan tinggi yang mereka lakukan untuk mendapatkan gol pertama permainan.
Arif Aiman puts us ahead at half time. Another 45 minutes to push ✊🏻
More photos at https://t.co/KES4CIPiej#SABvJDT#TMPialaMalaysia2022#LuaskanKuasamuJohor#JDTforAll pic.twitter.com/T3LLKDgBIb
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) November 15, 2022
Park Tae-su hampir memberi keceriaan buat para penyokong Sabah, setelah pemain tersebut memperoleh peluang menerusi satu tandukan kencang pda minit ke-18.
Namun, percubaan tersebut sekadar menggegar palang gol, sebelum Farizal Marlias kembali menyelamatkan keadaan untuk mengelakkan gawang dikawalnya bocor.
Akhirnya JDT berjaya memperoleh gol pertama mereka menerusi Arif Aiman pada minit ke-33, setelah rembatan deras beliau dari luar kotak penalti berjaya menewaskan Damien Lim.
34' GOL | Arif Aiman Hanapi melepaskan rembatan kaki kiri dari luar kotak penalti untuk gol pembukaan di Kota Kinabalu!@SabahFCofficial 0-1 @OfficialJohor #TMPialaMalaysia2022 pic.twitter.com/NVDphuYmsf
— Malaysian Football League (@MFL_MY) November 15, 2022
Bersambung di separuh masa kedua, JDT masih lagi menguasai permainan dengan baik menerusi beberapa siri serangan dibuat untuk mencari gol kedua perlawanan.
JDT memperoleh sepakan penalti, setelah gerakan individu yang dicipta Forestieri telah pun dihalang oleh Rawilson dalam petak penalti pada minit ke-56.
Bergson gagal untuk menyempurnakan sepakan penalti tersebut, setelah percubaan beliau mudah dibaca oleh Damien Lim untuk menyelamatkan keadaan daripada membiarkan gawangnya terus dibolosi.
Pemain muda JDT, Feroz Baharudin terpaksa keluar daripada padang perlawanan lebih awal, setelah beliau dilayangkan kad kuning kedua yang menjurus kepada layangan kad merah pada minit ke-74.
Memasuki minit akhir permainan, Sabah berjaya memperoleh beberapa peluang untuk kembali mengikat pasukan pelawat menerusi beberapa peluang berbahaya dicipta.
Namun, kekebalan pertahanan JDT berjaya menafikan segalanya termasuk Farizal Marlias yang tangkas untuk menyelamatkan gawang gol pelawat.
Keputusan perlawanan kekal dengan memihak kepada JDT, apabila pasukan tersebut berjaya mencatat kemenangan menerusi jaringan tunggal Arif Aiman untuk membawa bekalan dalam aksi seterusnya di Stadium Sultan Ibrahim (SSI).
Kesebelasan utama
Sabah: Damien Chien Khai Lim (Penjaga gol), Rawilson Batuil, Gerald Gadit, Taesu Park, Baddrol Bakhtiar (Kapten), Muhammad Farhan Roslan, Taiki Kagayama, Mohd Badrul Affendy Mohd Fadzli, Mohd Rizal Mohd Ghazali, Dominic Jun Jin Tan, Saddil Ramdani
Johor Darul Ta’zim (JDT): Mohd Farizal Marlias (Penjaga gol, Kapten), Matthew Thomas Davies, Mohd Afiq Fazail, Bergson Gustavo Silveira da Silva, Leandro Sebastian Velazquez, Muhamad Feroz Baharudin, La’vere Lawrence Corbin-Ong, Ignacio Insa Bohigues, Shahrul Mohd Saad, Arif Aiman Mohd Hanapi, Fernando Martin Forestieri