Piala Malaysia: Berpotensi Ada Unsur Atur Perlawanan, Kelab Liga Super Janji Kekalkan Integriti

Piala Malaysia 2022

Pasukan-pasukan yang bersaing di Piala Malaysia 2022 tidak melihat format undian musim ini yang dibuat sebelum Liga Super berakhir sebagai satu masalah besar.

Bagi mereka, berdasarkan beberapa baki perlawanan yang tinggal, semua pasukan hanya memikirkan mengenai memperbaik kedudukan selain mendapatkan rentak positif sebelum Piala Malaysia bermula.

Ketua jurulatih Selangor, Tan Cheng Hoe berkata semua pihak harus positif dengan pendekatan undian yang digunakan oleh Malaysian Football League (MFL).

“Saya tahu ramai yang mungkin kurang senang cara undian ini yang boleh dianggap masih baharu tetapi saya fikir dari segi positif.

“Memandangkan hanya tinggal 2-3 perlawanan, saya tidak fikir pasukan akan bermain sambil lewa sambil sudah tentu menyasarkan kedudukan liga yang lebih baik.

“Jadi untuk jurulatih serta pemain, kita cepat sesuaikan diri dengan sistem undian sebegini selain perlu bersikap profesional serta bermotivasi bagi bantu pasukan,” katanya.

Bagi ketua jurulatih Penang, Datuk Zainal Abidin Hassan, beliau melihat kedudukan undian itu bukan satu isu besar kerana percaya semua pasukan boleh bersikap profesional.

Malah beliau sendiri tidak ada perancangan untuk memilih di mana kedudukan akhir mereka sama ada di LS10 iaitu berdepan Kelantan atau LS11 yang akan bertemu Kuching City di pusingan 16 pasukan terakhir.

“Kita sudah di era profesional jadi maruah pasukan amat penting dan saya fikirkan, pasukan akan bertungkus lumus sehingga pengakhiran liga.

“Seperti saya, tidak fikirkan siapa yang akan menjadi lawan kami kerana fokus Penang masih mahu cuba meraih seberapa [banyak] mata di Liga Super dan menutup cabaran dengan lebih menyakinkan,” katanya.

Undian Piala Malaysia 2022 yang berlangsung semalam memperlihat hanya kedudukan pasukan diundi (pasukan Liga Super) untuk mengisi posisi yang ditetapkan bagi saingan pusingan 16 pasukan terakhir.

Hanya lima pasukan Liga Premier sahaja telah mengetahui nasib masing-masing seperti Kelantan, Kuching City, KelantanUnited, PDRM dan UiTM.

Perkara itu juga turut menarik perhatian ketua jurulatih Kelantan, Rezal Zambery Yahya yang berasakan semua pasukan bersiap sedia untuk bertemu mana-mana pasukan tanpa ada unsur mengatur perlawanan.

“Walaupun jadual keluar awal, saya tidak nampak pasukan akan cuba aturkan untuk duduk di mana mereka mahukan.

” Kalau kita tengok, persaingan kelompok atasan masih sengit bagi memburu tempat ke Piala AFC, jadi sudah tentu mereka akan cuba berhabis-habisan, begitu juga dengan pasukan di kelompok bawah.

“Jadi, saya tidak nampak sebarang kecacatan untuk undian semalam walaupun dibuat awal dan percaya semua pihak akan bersikap matang,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN