Piala Malaysia: Azamuddin Akil Mahu Balas Kepercayaan KFA

Slot admits his comments to referee Oliver were true Loading official content
Slot admits his comments to referee Oliver were true
Liverpool boss Arne Slot speaks about his clash with referee Michael Oliver following the draw against Everton last month, and subsequent touchline ban.
0 seconds of 51 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
00:00
00:51
00:51
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Salah, Szoboszlai & Co ready for PSG showdown Arteta thanks Arsenal team for special night after 7-1 win over PSV Arsenal gear up for PSV in the UCL knockout stages Barito Putera celebrate away win over PSS Sleman Arema players train hard before facing Malut United Salah shows his class on the volley Arteta urges Arsenal to reach different level ahead of Champions League clash Echeverri gets a private tour of the Etihad Stadium UCL top scorer Serhou Guirassy & his teammates prepare for Lille clash Sergio Ramos’ first goal for Monterrey Doué's powerful strike seals PSG's fourth goal Pep Guardiola does not like the FA Cup match ball Lacazette double leads Lyon to comeback win over battling Brest in Ligue 1 Rodgers pleased with Yang's performance at St Mirren 30-yard free-kick rocket in the Saudi League Amazing bicycle kick goal for DC United's last-gasp equalizer Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Bekas pemain JDT, Azamuddin Akil – yang kini mewakili pasukan Kedah – bertekad mahu membalas kepercayaan Lang Merah ke atasnya.

Azamuddin memiliki rekod unik apabila sudah memenangi 3 trofi Piala Malaysia secara peribadi. Dua kali menjuarainya dengan pasukan Pahang dan sekali ketika membantu JDT menjulang trofi sulung Piala Malaysia pada 2017 – menewaskan pasukan Kedah.

KFA telah mendapatkan khidmat Azamuddin Akil pada akhir tahun 2018 walaupun pemain itu ketika itu sedang bergelut dengan masalah kecederaan di pergelangan kakinya.

Azamuddin banyak menghabiskan masa di pusat rehabilitasi dan fisioterapi pasukan ketika mula menyertai pasukan Kedah.

Oleh sebab itu Azamuddin yang juga terkenal dengan panggilan Alex mahu membalas jasa Kedah. Pada Mei lalu, beliau membantu Kedah menjulang Piala FA.

Berdasarkan kontrak semasa, ini merupakan tahun akhir Alex bersama dengan Kedah.

Bercakap kepada Astro, Alex berkata: “Kedah turun sebagai pasukan bukan plihan. Dan tiada siapa pun menjangka kami akan dapat melangkah ke dua aksi final [piala domestik] pada musim ini.”

Pemain berusian 34 tahun itu menyatakan beliau sudah merasai banyak pengalaman final Piala Malaysia, jadi beliau tidak ada isu dengan rasa gementar.

“Perasaan gementar mungkin hadir jika beraksi dalam aksi final buat kali pertama tetapi selepas empat atau lima kali di pentas ini, saya tidak berasakan begitu gementar dan akan cuba yang terbaik untuk pasukan,” jelas beliau lagi.

Paling menarik musim ini, netizen pernah menggunakan poster wajah Alex ketika separuh akhir Piala Malaysia, menggambarkan separuh akhir musim ini adalah ‘Derbi Azamuddin Akil’ kerana keempat-empat pasukan yang mara ke separuh akhir adalah pasukan yang pernah dan sedang dawakili beliau.

Adakah Alex akan dapat membantu Kedah menamatkan saingan musim ini dengan satu lagi piala major domestik?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN