Piala Malaysia: Hariss Harun Mahu Lengkapkan Koleksi

Hariss Harun merupakan antara pemain yang paling senior dalam skuad JDT, pada era revolusi TMJ.

Selepas pemergian Safiq Rahim, beliau diberikan lilitan kapten Harimau Selatan itu. Hariss Harun telah menjulang kesemua piala domestik dengan JDT termasuk Piala AFC pada 2015.

Namun pemain kelahiran Singapura itu tidak pernah menang Piala Malaysia dengan JDT. Hal ini kerana, pada 2017, ketika JDT menjulang Piala Malaysia pertama dalam sejarah kelab mereka, Hariss Harun ketika itu dipinjamkan ke kelab luar.

Hariss Harun menyertai Ce L’Hospitale di Divisyen 2 Sepanyol untuk menimba pengalaman.

Pada malam ini, kapten JDT itu berpeluang untuk menambah satu lagi koleksi piala dengan JDT sekaligus melengkapkan kesemua koleksi piala domestik yang ditawarkan dalam Liga Bola Sepak Malaysia.

Hariss Harun mengakui prestij piala keramat, Piala Malaysia. Dan beliau menganggap ia bukan misi mudah, ini kerana kesemua pemain pasti mahu menjulang piala tersebut pada malam final.

“Apabila beraksi di final, sudah pasti setiap pemain mahukan kemenangan. Ini tiada kaitan dengan kemampuan individu semata-mata, ia lebih kepada menuntut kerja secara berpasukan.”

“Matlamat kami pada final adalah mahu menang dan mahu beraksi pada aksi final tanpa sebarang masalah.”

Mora

Hariss Harun menyatakan beliau sangat mengenali gaya dan taktikal Aidil Sharin yang pernah menjadi jurulatihnya di Home United.

“Apa yang Kedah sedang mainkan sekarang adalah gaya taktikal dan permainan beliau [Aidil Sharin].”

Hariss menganggap aksi final pada malam ini sebagai salah satu aksi terbesar di dalam karier beliau.

Hariss Harun akan menjadi jeneral di tengah padang untuk pasukan JDT pada aksi final malam ini. Adakah beliau mampu untuk melengkapkan misi beliau sekaligus membantu JDT membawa pulang Piala Malaysia kedua dalam sejarah mereka?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN