Piala Malaysia: Annuar Musa Seru 20,000 Penyokong KL City FC Banjiri SNBJ

Tan Sri Annuar Musa menyeru 20,000 penyokong Kuala Lumpur City FC untuk membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil untuk memberikan sokongan kepada skuad warga kota berhadapan JDT pada 30 November (Selasa) hadapan.

Kuala Lumpur City FC mencipta sejarah tersendiri mara ke perlawanan akhir pertandingan edisi ke-100 tahun itu selepas menewaskan Melaka United melalui penentuan sepakan penalti pada malam tadi.

Berdasarkan ciapan Tan Sri Annuar Musa yang juga merupakan penasihat Kuala Lumpur City FC, hanya 40,000 penyokong dibenarkan untuk memasuki Stadium Nasional Bukit Jalil yang berkapasiti 85,000 penyokong itu untuk perlawanan akhir Piala Malaysia nanti.

Jumlah kehadiran kali ini dihadkan oleh badan penganjur, Malaysian Football League (MFL) demi untuk mematuhi SOP yang dibenarkan oleh agensi penguatkuasa.

Berdasarkan penganjuran pada edisi-edisi sebelum ini, setiap pasukan akan mendapat agihan tiket perlawanan sama rata – bermakna Kuala Lumpur dan JDT akan diperuntukkan 20,000 tiket masing-masing.

Ini adalah penampilan kelima skuad warga kota di perlawanan akhir Piala Malaysia sejak pertama kali mara ke perlawanan akhir pertandingan tersebut pada 1985. Namun demikian, mereka dikecewakan oleh Johor 2-0 di Stadium Merdeka.

Era tersebut juga dianggap sebagai era emas bola sepak skuad warga kota, apabila meraih tiga kejuaraan Piala Malaysia secara berturut-turut pada 1987, 1988 dan 1989.

Perlawanan akhir Piala Malaysia pada musim ini pasti akan dikenang oleh semua penyokong-penyokong skuad warga kota selepas kempunan menyaksikan separuh akhir pertama menentang Melaka United pada awal minggu ini di Stadium Cheras, Kuala Lumpur.

Dalam perlawanan separuh akhir pertama yang lalu, Kuala Lumpur City FC dikenakan hukuman beraksi tanpa penonton susulan tindakan penonton tuan rumah menceroboh kawasan padang ketika aksi suku akhir kedua Piala Malaysia antara KL City dan Selangor sebelum ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN